Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji kesesuaian mewujudkan dasar tamat hayat kenderaan yang akan menetapkan had usia kenderaan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata ketetapan itu diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan disebabkan faktor usia kenderaan, seperti kemalangan dua bas kilang berhampiran Plaza Tol Juru, Pulau Pinang pada 24 Okt lalu yang menyebabkan lapan maut.
Katanya, siasatan awal mendapati sebuah bas yang berhenti di tepi jalan akibat kerosakan dalam kemalangan itu telah berusia 32 tahun manakala sebuah lagi bas berusia melebihi 10 tahun.
"Walaupun siasatan awal mendapati kedua-dua bas itu lulus pemeriksaan Puspakom pada September lalu, namun kita tidak tahu jika kenderaan itu rosak selepas menjalani ujian, terutamanya bas yang usianya sudah terlalu lama.
"Sebab itu, kita melihat isu berkaitan usia kenderaan merupakan perkara besar dalam aspek keselamatan jalan raya dan perkara ini telah dipraktikkan di negara lain seperti Jepun dan Singapura atas sebab keselamatan," katanya.
Liow berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Bomba Sukarela Zon Timur di Janda Baik di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim dan Pengarah negeri Datuk Abdul Wahab Mat Yassin.
Beliau menambah dasar baharu itu juga, jika dilaksanakan akan melibatkan kerjasama daripada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli untuk melupuskan kenderaan yang telah ditamatkan hayatnya mengikut cara yang sepatutnya dan mesra alam sekitar.
"Ketiadaan dasar ini menyebabkan kereta lama yang sudah berusia 30, 40 tahun tersadai begitu sahaja atau dipotong. Sebab itu kita mahu adakan kajian kesesuaian dasar ini yang diharapkan dapat selesai dalam tempoh masa sesuai," katanya.
Liow juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan mendengar pandangan rakyat dan semua pihak berkepentingan dalam isu tersebut supaya pelaksanaannya tidak membebankan mana-mana pihak kerana matlamatnya ialah menjamin keselamatan.
"Kita tidak mahu memaksa atau buat rakyat berasa dipaksa...sebab itu kita akan libatkan mereka dalam kajian ini. Antara cadangan yang difikirkan ialah supaya dasar ini dilaksanakan secara sukarela.
"Orang ramai boleh datang untuk menamatkan jangka hayat kenderaan mereka yang sudah uzur dan melebihi tempoh yang ditetapkan, yang mungkin sudah lebih membebankan jika kenderaan itu sering perlu dibaiki.
"Kita boleh memikirkan untuk memberi sedikit insentif kepada mereka untuk memberi kenderaan baharu jika mereka bersetuju untuk menamatkan hayat kenderaan itu kerana memikirkan keselamatan diri dan keluarga," katanya.
Liow menambah keutamaan dasar itu akan diberikan kepada kenderaan berat dan yang melibatkan ramai orang seperti bas atau lori dan berharap dasar itu mendapat sambutan baik, jika dilaksanakan secara sukarela.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017

LIOW: Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji kesesuaian mewujudkan dasar tamat hayat kenderaan yang akan menetapkan had usia kenderaan. -Gambar fail

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Kaji kesesuaian wujud dasar tamat hayat kenderaan - Liow
Ketetapan itu diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan disebabkan faktor usia kenderaan.