awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kaji penggunaan EMD kepada pesalah dadah' - Anuar

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/04/2016
09:07 MYT
'Kaji penggunaan EMD kepada pesalah dadah' - Anuar
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, ia disebabkan kecanggihan teknologi yang membuka risiko penjenayah menggodam sistem berkenaan. - Gambar fail
Kerajaan seharusnya mengkaji semula penggunaan sistem peranti pemantauan elektronik (EMD) terutama kepada pesalah dadah.
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, ia disebabkan kecanggihan teknologi yang membuka risiko penjenayah menggodam sistem berkenaan.
Tegasnya, evolusi dan kecanggihan boleh menyebabkan penggunaan EMD untuk penjenayah hanya menjadi sia-sia.
"Namun begitu saya kata tadi masalah jenayah seperti dadah ini ada evolusinya. Saya bimbang ada masa dan ketikanya penjenayah ini akan menjadi licik dan alat ini akan menjadi tidak efisyen.
"Saya tidak terkejut dengan proses pemantauan EMD ini yang boleh diatasi penjenayah. Kerajaan perlu pemantauan dan teknologi supaya isu ini dapat diselesaikan," katanya.
Anuar berkata demikian ketika sesi bahas Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) Pindaan 2015.
Sebelum ini, Polis menjangkakan kadar jenayah berulang dalam kala­ngan bekas banduan berisiko tinggi berkurangan sehingga 90 peratus apabila EMD dilaksanakan.
Ia sekali gus menjadi pemantauan maksimum yang akan dilakukan oleh polis terhadap bekas penjenayah terbabit selama dua tahun dan dilihat mampu memberikan impak besar termasuk peluang kepada mereka memulihkan diri.
Dalam pada itu kata Anuar, kerajaan diminta mempertimbangkan undang-undang menyekat mana-mana pelancong yang mempunyai kesalahan dadah ke dalam negara.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pelaksanaan sistem tersebut dan memberitahu pihaknya sudah bersiap sedia untuk menggunakan alat terbabit sebagai satu pemantauan efektif dalam mengurangkan kadar jenayah dalam negara.
Tegas Khalid, penggunaan sistem itu sebenarnya telah lama dirancang dan akan diguna pakai selaras dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 (POCA).
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Sekijang
#anuar abdul manap
#EMD
#Parlimen
#peranti pemantauan elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan