awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaji Selidik The Edge: Rakyat masih tidak puas hati isu kos sara hidup

Firdaus Azil, Saraya Mia
Firdaus Azil, Saraya Mia
09/05/2019
02:45 MYT
Kaji Selidik The Edge: Rakyat masih tidak puas hati isu kos sara hidup
Kos sara hidup dan lain-lain isu berhubung kualiti hidup masih mendapat penerimaan negatif di kalangan rakyat, menurut kaji selidik The Edge yang diterbitkan baru-baru ini.
Kos sara hidup dan lain-lain isu berhubung kualiti hidup masih mendapat penerimaan negatif dalam kalangan rakyat.
Menurut kaji selidik The Edge yang diterbitkan baru-baru ini, sekitar 40.5 peratus daripada keseluruhan 37,262 responden memilih kos sara hidup sebagai isu yang perlu ditangani Kerajaan Pakatan Harapan dengan kadar segera.
Ia diikuti dengan pertumbuhan ekonomi (15.45 peratus), perkauman dan agama (12.29 peratus), serta jenayah dan rasuah (10.26 peratus).
Bagaimanapun, kaji selidik itu turut menunjukkan 62.72 peratus responden menganggap isu alam sekitar dan perubahan iklim mendapat tempat paling rendah dalam pilihan mereka.
Sebagai perspektif, isu kedua terendah dalam kalangan responden ialah kebebasan bersuara dan reformasi institusi, dan hutang negara.
“Dapatan kajian ini dilihat selari dengan sebahagian daripada janji-janji yang telah digariskan di bawah Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan, yang mana telah dilaksanakan dan masih belum dilaksanakan.
“Selain itu, ikrar seperti pembaharuan institusi, dan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta usaha menangani rasuah di kalangan penjawat awam, dapat dilihat dengan jelas,” menurut kaji selidik itu lagi.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dah Setahun Dah
#kaji selidik
#kos sara hidup
#kualiti hidup
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#penerimaan negatif
#setahun malaysia baharu
#the edge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan