KUALA LUMPUR: Sistem pembelajaran Tingkatan Enam wajar dikaji semula untuk ditambah baik sesuai dengan tahapnya sebagai pascasekolah.
Ini termasuk dari segi peraturan dikenakan kepada pelajar, silibus pelajaran, sistem pembelajaran itu sendiri dan juga pengwujudan kolej khas untuk mereka, menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan.
Beliau berpendapat seeloknya Tingkatan enam diasingkan dengan sistem pendidikan aliran perdana dengan mendirikan lebih banyak kolej Tingkatan Enam di seluruh negara.
"Sistem pembelajaran mereka juga dicadangkan dilaksanakan selari dengan universiti seperti sistem semester, kaedah pengajaran dan pembelajaran," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia berkata Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan.
Anwar berkata suasana Tingkatan Enam perlu diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.
Turut senada, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Fouzi Singon yang berpendapat kolej khas seperti ini dapat memusatkan semua pelajar Tingkatan Enam sekali gus memudahkan dari segi pengurusan, pembelajaran dan penempatan guru.
Ia juga menurutnya dapat menarik minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam kerana tidak dikaitkan dengan suasana dan peraturan sekolah.
"Mengambil kolej Matrikulasi sebagai contoh, ramai pelajar berebut untuk masuk ke kolej itu kerana adanya kolej dan jenama. Jadi kalau Tingkatan Enam ada kolej sendiri ia dapat menarik minat dan juga jenama kepada pelajar lepasan SPM," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban Muhammad Hakim Mohd Syafawi menyifatkan cadangan tersebut merupakan perkara positif selain mereka juga tidak perlu lagi dilayan dan diasuh seperti pelajar aliran perdana.
"Ada dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam perlu mengikuti peraturan sekolah seperti mengehadkan penggunaan gajet dan peranti komunikasi dan ada yang tidak dibenarkan membawa telefon pintar ke kelas sama seperti pelajar menengah lain.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana Tingkatan Enam itu sendiri sudah bebas daripada peraturan sekolah dan pembelajarannya lebih ke arah futuristik, jadi penggunaan teknologi dalam pembelajaran sangat diperlukan," katanya.
Senada dengannya, pelajar Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Muhammad Amal Khan Abdul Aziz, 19, berkata pelajar Tingkatan Enam merupakan pelajar prauniversiti dan setaraf dengan mahasiswa di pusat pengajian tinggi pada peringkat Diploma dan Matrikulasi, justeru mereka seharusnya bebas dengan peraturan sekolah.
"Secara tidak langsung, ini akan mempengaruhi minda anak-anak lepasan SPM, kebanyakan mereka tidak berminat untuk memasuki Tingkatan Enam kerana faktor itu, selepas lima tahun di peringkat menengah sudah pastinya mereka inginkan sesuatu yang baharu termasuk budaya, cara pemakaian dan sebagainya," katanya.
Muhammad Amal Khan berkata perlu ada perubahan terhadap suasana Tingkatan Enam di negara ini sekali gus dapat mengubah persepsi masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya lebih berminat untuk memasuki Tingkatan Enam yang pastinya mempunyai kos pengajian yang lebih murah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023

Pada Sabtu, Perdana Menteri berkata suasana Tingkatan Enam perlu diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima. - Gambar hiasan
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPDN rancang terus bantuan tanpa tunai untuk pelajar Tingkatan Enam, kolej vokasional
KPDN merancang untuk meneruskan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada pelajar Tingkatan Enam dan kolej vokasional.

Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah
Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin ini - KPM
Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 bagi murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin).

KPM sambut baik saranan PM, tambah baik Tingkatan Enam
Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Tingkatan Enam tidak terikat dengan peraturan sekolah boleh dibuat apabila berada pada mod pertama iaitu Kolej Tingkatan Enam.

'Kaji semula sistem pembelajaran Tingkatan Enam, asingkan dengan aliran perdana'
Ia termasuk dari segi peraturan ke atas pelajar, silibus pelajaran, sistem pembelajaran dan juga pengwujudan kolej khas untuk mereka.

Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh rakan
Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19 tahun, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Pelajar Tingkatan Enam direman bantu siasatan kes bunuh rakan
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini hingga Isnin.

Pegawai prosa, purata 18 pelajar antara SOP pembukaan semula sekolah di Pulau Pinang
Antara SOP pembukaan semula sekolah ialah pemeriksaan suhu setiap hari bagi pelajar, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.