awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut siap untuk dibentang - Chow Kon Yeow

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2021
06:32 MYT
Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut siap untuk dibentang - Chow Kon Yeow
Menurut Chow, sebarang pertimbangan mengenainya hanya akan dilakukan setelah kajian kebolehlaksanaan dibentangkan secara rasmi kepada kerajaan negeri. - Facebook Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut telah siap dan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lama lagi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, ia akan dibentangkan sejurus segala ulasan daripada agensi teknikal, termasuk agensi-agensi persekutuan, diterima.
Tambahnya, kajian kebolehlaksanaan itu hanya untuk terowong dasar laut sahaja dan tidak melibatkan pembinaan jambatan seperti yang dicadangkan bagi menggantikan terowong dasar laut.
"Berkenaan dengan cadangan menggantikan terowong bawah dasar laut dengan jambatan, pada ketika ini, kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan oleh Consortium Zenith Construction (CZC) adalah untuk terowong bawah dasar laut sahaja dan bukannya untuk jambatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan membina jambatan sebagai link ketiga, namun ia belum lagi dipertimbangkan," katanya.
Menurut Chow, sebarang pertimbangan mengenainya hanya akan dilakukan setelah kajian kebolehlaksanaan dibentangkan secara rasmi kepada kerajaan negeri.
Projek terowong dasar laut merupakan sebahagian daripada Projek Tiga Lebuh Raya Utama dan Terowong Bawah Dasar Laut di negeri ini.
Sementara itu, Chow sekali lagi menegaskan, kos bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi tiga lebuh raya dan terowong bawah dasar laut adalah berjumlah RM305 juta.
Namun, RM208 juta, yang telah dibayar melalui kaedah ‘exchange land’ kepada CZC bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci, adalah untuk tiga lebuh raya sahaja.
"Langsung tiada bayaran dibuat bagi terowong bawah dasar laut kerana kajian kebolehlaksanaannya belum lagi diterima serta diluluskan oleh kerajaan negeri," jelasnya.
Tegas Chow, walaupun sudah banyak kali penjelasan diberikan oleh kerajaan negeri mengenai perincian projek tersebut yang dianugerahkan melalui tender terbuka sebelum ini, namun masih berlaku penyelewengan fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang berskala mega itu mengundang pelbagai kontroversi khususnya membabitkan kajian kebolehlaksanaan yang bernilai RM305 juta dan kelewatan menjangkau dua tahun berbanding jadual asal.
Berdasarkan pelan asal, projek itu merangkumi empat komponen utama, iaitu tiga jalan perhubungan sepanjang 30 kilometer dan terowong dasar laut yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion.
Topic Berkaitan
#kajian kebolehlaksanaan
#terowong dasar laut
#Consortium Zenith Construction
#Chow Kon Yeow
#link ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan