Kerajaan akan membuat kajian menyeluruh berhubung isu penerimaan gaji para siswazah yang baru melangkah ke alam pekerjaan dalam usaha membela nasib golongan itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan mengambil maklum mengenai data gaji rendah yang diterima siswazah baharu seperti dinyatakan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018.
"Kita memang ada bincang tentang mahasiswa dan bagaimana pendapatan mereka pada masa kini berbanding pendapatan yang diperoleh mahasiswa beberapa tahun dahulu.
"Melihat kepada peredaran masa, semua ini mesti kita lakukan kajian menyeluruh dengan mengambil kira semua fakta bagi membuat satu polisi untuk membela golongan muda terutamanya.. apa yang perlu ditangani terlebih dahulu dan apabila kita boleh menolong secara menyeluruh kita akan lakukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Diskaun Xtra20 Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sini, pada Ahad.
TONTON: Pengumuman Laporan Tahunan BNM 2018
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk mengatasi masalah gaji rendah bagi siswazah baharu sejak 2010.
BNM dalam laporan tahunannya baru-baru ini berkata seorang siswazah baharu lepasan diploma berpendapatan RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010 sementara pemegang ijazah sarjana RM2,923 berbanding RM2,707 pada 2010.
BACA: Hutang luar Malaysia kekal terurus - BNM
Bagaimanapun Sabtu lepas, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata gaji permulaan untuk siswazah baharu di sektor swasta dalam negara telah meningkat secara beransur-ansur dari 2010 hingga 2018, tidak seperti yang digambarkan oleh BNM.
Data perkumpulan majikan menunjukkan seorang pemegang diploma boleh mendapat pendapatan sebanyak RM1,661 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010, ijazah sarjana muda RM2,393 (RM1,993) dan ijazah sarjana RM3,267 (RM2,923).
BACA: Sebenarnya, gaji graduan ... - MEF
Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata data itu berdasarkan Kajian Gaji MEF untuk Bukan Eksekutif dan Eksekutif 2010 dan 2018 dengan data yang dikumpul daripada syarikat anggota yang terlibat dan diterbitkan oleh MEF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2019
Dr Wan Azizah bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke menunjukkan kad diskaun semasa Majlis Pelancaran Kad Diskaun Xtra20 KTM Komuter di KL Sentral, 31 Mac, 2019. -- fotoBERNAMA
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).