Kerajaan akan menjalankan makmal ujian dalam masa terdekat bagi mengkaji dan seterusnya mengenal pasti model baharu yang terbaik bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum memperkenalkannya.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata makmal itu akan diselia Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dan disertai bekas pelatih PLKN, wakil Kementerian Pertahanan, operator serta jurulatih Kem PLKN.
"Makmal ini akan memberi cadangan tentang PLKN selepas transformasi. Jadi masih terlalu awal lagi untuk kita buat sebarang penemuan berkenaan apakah bentuk PLKN baharu," katanya kepada pemberita selepas menutup simposium aspirasi dan kempimpinan kebangsaan ke-3 di sini hari ini.
Beliau berkata selepas makmal tersebut diadakan, barulah pihaknya akan membuat syor kepada perdana menteri sebelum keputusan berkenaan model baharu PLKN dibuat.
Terdahulu ketika berucap di hadapan lebih 1,200 pemimpin pelajar dari seluruh negara, beliau berkata peranan pemimpin muda kini adalah lebih kepada mengangkat Malaysia menjadi negara yang lebih gemilang.
"Ini apa yang perlu kita lakukan, memperjuang persaingan, bakat, menentang ekstremisme dan perkauman. Itu perjuangan kita (pemimpin muda) hari ini," kata Khairy.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih komited membawa transformasi kepada semua rakyat Malaysia dan memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat.
"Kita berharap untuk menjadi parti yang mewakili semua komuniti, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Jadi tidak timbul isu kita tak perlukan sokongan dari mana-mana kaum sebab kita perlukan sokongan mereka," katanya.
Bernama
Sat Feb 07 2015
Khairy berkata, peranan pemimpin muda kini adalah lebih kepada mengangkat Malaysia menjadi negara yang lebih gemilang. - Gambar fail
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.