KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan kajian bagi memperincikan cadangan pembinaan projek Pelabuhan Baharu Bersepadu Labuan bermula tahun hadapan, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kajian itu juga telah menerima kelulusan daripada pihak Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) untuk dilaksanakan selama setahun.
"Saya lihat asas yang sudah dibina di pelabuhan ini banyak yang kita perlu lakukan. Sebab itu baru-baru ini kita sudah luluskan satu cadangan untuk kita adakan kajian selama satu tahun dan kita ingin mulakan tahun hadapan.
"... dari segi kosnya, sama-sama kita tunggu kajian ini dan kita akan rencanakan. Dalam keadaan ini, kita perlu lihat secara terperinci apa komponen-komponen yang kita boleh laksanakan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias mengenai perkembangan terkini cadangan pembinaan projek Pelabuhan Bersepadu Labuan yang dirancangkan di kawasan Rancha-Rancha.
Wee berkata, cadangan pembinaan projek Pelabuhan Bersepadu Labuan itu dilihat mampu tangani kesesakan lalu lintas bagi laluan keluar dan masuk pelabuhan itu, selain menampung operasi penyimpanan kargo yang terhad di Pelabuhan Labuan.
"Dijangka dengan adanya ini, peningkatan kargo di Labuan dapat ditingkatkan sehingga 200,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) dan 3,000 kadar singgahan kapal dalam tempoh 30 tahun.
"MOT telah pun teliti dan perhalusi cadangan dan tiada halangan mengenai cadangan tersebut. LPL juga telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan LPL untuk membangunkan pelan induk Pelabuhan Labuan," katanya.
Beliau berkata LPL juga dalam proses mempertingkatkan kecekapan pelabuhan, menggubal undang-undang kecil pelabuhan serta sedang memperkemaskan prosedur pelabuhan bagi memastikan Pelabuhan Labuan sentiasa berdaya saing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Wee Ka Siong berkata, kajian itu juga telah menerima kelulusan daripada pihak Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) untuk dilaksanakan selama setahun. - JAPEN
AWANI Borneo [18/04/2024] – Letusan Gunung Ruang | AirAsia tawar perubahan penerbangan | Draf MoU bakal dirangka
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 12 April 2024
Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia sahkan kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat
AirAsia kembali aktifkan beberapa penerbangan
Kerajaan secara dasar setuju salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
#AWANInews
#AWANIBorneo 12 April 2024
Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia sahkan kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat
AirAsia kembali aktifkan beberapa penerbangan
Kerajaan secara dasar setuju salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
#AWANInews
18 projek tindakan atasi isu bekalan air
Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri itu selain memperkasa perkhidmatan sistem pembentungan.
Ratusan penumpang terkandas di KLIA
Tinjauan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)Terminal 1 mendapati ratusan penumpang terkandas kerana tidak dapat menaiki penerbangan ke Sabah dan Sarawak.
Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam.
Malaysia Airlines tawar pilihan kepada penumpang terjejas
Untuk meminimumkan kesulitan yang disebabkan oleh pembatalan yang tidak dijangka, Malaysia Airlines menawarkan pelanggan yang terjejas perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma, atau memilih bayaran balik penuh tanpa mengira keluarga tambang mereka.
AirAsia sediakan pilihan kepada penumpang
AirAsia akan menyediakan pilihan kepada penumpang yang penerbangannya dibatalkan akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sulawesi Indonesia.
Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MET Malaysia
Impak letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia setakat ini masih belum menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak.
Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, letusan tersebut, yang berketinggian 725 meter dari paras laut, bagaimanapun telah menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri tersebut.
Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, letusan tersebut, yang berketinggian 725 meter dari paras laut, bagaimanapun telah menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri tersebut.
Stoking kalimah Allah: Wai Loong dituduh semula, mengaku tidak salah
Lelaki yang membuat kenyataan jelik berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dituduh sekali lagi, atas satu pertuduhan yang sama.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Kajian Pelabuhan Baharu Bersepadu Labuan dilaksana tahun depan - Wee Ka Siong
Kajian itu juga telah menerima kelulusan daripada pihak Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) untuk dilaksanakan selama setahun.