PUTRAJAYA: Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini berada di peringkat akhir sebelum ianya dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Berucap menyampaikan amanat tahun 2024 di sini hari ini, beliau berkata kajian SSPA dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu sedang diteliti sebaiknya sebelum apa-apa keputusan dibuat.
"... JPA di peringkat akhir kajian (SSPA) dan akhirnya kerajaan akan meneliti atau membuat keputusan berdasarkan apa yang diputuskan," katanya.
Mohd Zuki memuji komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang komited dan berani melaksanakan kajian SSPA demi kebajikan penjawat awam.
"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin, beri keutamaan kepada kebajikan penjawat awam dan sebenarnya ini bukan perkara baharu.
"Lama dah kita bincang, sebab itu saya lihat kerajaan yang ada hari ini paling berani melaksanakan perkara ini," katanya.
Pada 9 Feb lepas, Anwar berkata hasil kajian SSPA dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini.
Pihak media sebelum ini melaporkan laporan akhir kajian SSPA dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.
Anwar dilaporkan sebagai berkata perkara itu diputuskan berdasarkan persetujuan Mohd Zuki dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Dalam perkembangan lain, Mohd Zuki mahu semua peraturan dan pekeliling dalam perkhidmatan awam dikaji semula supaya ia sesuai dengan kehendak semasa.
Beliau berkata KPPA bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah diminta untuk menyemak perkara itu.
"Kadang-kadang kita susah hati kerana dah bertahun-tahun, kita (masih) guna peraturan lama dan ia tidak lagi sesuai dengan kehendak zaman dan semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menyampaikan amanat kepada penjawat awam bagi tahun 2024 bertemakan 'Kitalah Benteng Malaysia' di Puspanitapuri hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Laporan akhir kajian SPPA siap dalam dua bulan - PM
Tempoh berkenaan lebih cepat berbanding jangkaan awal sebelum ia dibentangkan ke Kabinet untuk dimuktamadkan.