awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian ubat Tocilizumab rawat COVID-19 sedang dijalankan - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
12/04/2020
16:31 MYT
Kajian ubat Tocilizumab rawat COVID-19 sedang dijalankan - KP Kesihatan
Kajian terhadap ubat Tocilizumab bagi merawat pesakit COVID-19 masih dijalankan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Bernama
Kajian terhadap ubat Tocilizumab bagi merawat pesakit COVID-19 masih dijalankan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Semasa mengesahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian itu bersama sebuah universiti tempatan, Dr Noor Hisham berkata beliau berharap penyelidikan itu dapat memberi manfaat kepada pihaknya dalam mengekang pandemik COVID-19.
"Apa yang penting kita kena lihat cara menjalankan penyelidikan itu di empat hospital kalau tak silap saya dan kita harap mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara menjalankan penyelidikan," katanya pada sidang media harian berkaitan COVID-19 pada Ahad.
Sebelum ini, beliau berkata ketiga-tiga ubat iaitu Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan pihaknya bagi merawat penyakit lain didapati berkesan untuk merawat pesakit positif COVID-19.
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Jaafar Seremban akan memulakan ujian klinikal bagi mencari penawar COVID-19 pada pertengahan April.
Fokus kajian adalah Tocilizumab yang dipasarkan dengan jenama Actemra.
Dilaporkan, kajian terhadap Tocilizumab yang sebelum ini dijadikan penawar bagi radang sendi atau artritis rheumatoid, akan tertumpu kepada perbandingan Tocilizumab secara intravena dengan dos tinggi corticosteroid pada 300 pesakit teruk COVID-19.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan penghasilan vaksin COVID-19, Dr Noor Hisham berkata ia masih dalam penyelidikan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.
"Banyak kajian telah dilaksanakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa pertubuhan antarabangsa jadi sama-sama kita harap dapat dipertemukan vaksin dalam tempoh setahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#operasi
#perubatan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan