Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sudah memberi rawatan sewajarnya kepada seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang kaki kirinya menggelembung dan membengkak selepas pembedahan di sebuah hospital di sini didakwa disebabkan kecuaian pihak hospital.
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata JKNPP juga telah mengadakan perjumpaan bersama keluarga bayi lelaki itu untuk memberi penjelasan berhubung keadaannya.
"JKNPP ingin merujuk kepada kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Abdul Ghani hari ini mengenai kecuaian pihak hospital memberi rawatan kepada cucu beliau dan pihak hospital telah mengambil maklum mengenai isu tersebut.
"Kami juga memahami situasi yang dihadapi oleh keluarga pesakit dan telah mengadakan pertemuan hari ini bagi memberi penjelasan kepada mereka," katanya di sini pada Selasa.
Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook milik Abdul Ghani yang mendakwa datuk kepada bayi berkenaan menyatakan berlaku kecuaian semasa pihak hospital merawat cucu sulungnya ketika proses tambah darah melalui kaki kiri kira-kira pukul 2 pagi hari ini.
Pemilik Facebook itu turut memuat naik beberapa gambar kaki kiri cucunya itu yang menggelembung dan bengkak teruk sedang dirawat di hospital terbabit.
Sementara itu, menerusi komen pemilik Facebook Zamzura Ruslan yang mendakwa ibu kepada bayi berkenaan di status itu menyatakan pihak hospital memasukkan darah melalui kaki bayinya selepas pembedahan hernia berikutan tekanan darah rendah dan doktor memaklumkan tersilap memasukkan 'line' sehingga kaki kiri anaknya menjadi sedemikian.
Dr Wan Mansor berkata keadaan bayi lelaki itu kini stabil dan sedang dipantau dari semasa ke semasa.
Beliau berharap orang ramai tidak menularkan maklumat yang tidak tepat berkenaan rawatan pesakit kerana pihaknya serta semua kakitangan hospital amat komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.
"Pihak waris juga boleh berhubung terus dengan pihak jabatan yang merawat pesakit atau pihak pengurusan hospital sekiranya terdapat kemusykilan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 13 2018
Keadaan bayi lelaki itu kini stabil dan sedang dipantau dari semasa ke semasa. - Gambar hiasan
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.