KUALA LUMPUR:Seorang staf operasi Mass RapidTransit (MRT) Laluan Kajang disahkan positif COVID-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan memaklumkan, staf berkenaan bertugas sebagai pengendali tren atau ‘transit officer’ yang bertugas buat kali terakhir pada 21 Oktober 2020.
"Bertindak daripada pengesahan itu, Rapid Rail, yang menjadi operator untuk MRT Laluan Kajang telah melaksanakan kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan malam tadi berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Tren-tren pula sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi pada hari berkenaan,” kata kenyataan itu di sini pada Ahad.
Menurut kenyataan itu lagi, semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan staf berkenaan telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard (SOP) KKM.
“Semua agensi-agensi berwajib yang berkenaan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan tentang langkah-langkah yang telah diambil.
“Pihak pengurusan dan staf Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM," katanya.
Sementara itu, jelas kenyataan itu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana – Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti adalah selamat digunakan.
"Para pengguna diingatkan supaya mengikuti dengan rapi SOP yang ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.
“Langkah-langkah ini adalah penting untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di samping memudahkan KKM membuat pengesanan semula sekiranya ada kes positif COVID-19.
"Pihak kami komited menjalankan langkah-langkah yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penumpang dan juga staf,” tambah kenyataan itu.
Fauzi Suhaimi
Sun Oct 25 2020
Tren MRT melalui kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi pada hari berkenaan. - Gambar ihsan Prasarana.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini
Daerah yang dikesan dilanda titik panas adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi.
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun
Sebanyak 2,580 aset KKR dan agensinya, JKR dan LLM telah dipersiapkan bagi menghadapi impak peralihan Monsun Barat Daya kepada fasa Monsun Timur Laut (MTL).
Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara
MKN Kedah akan mempergiat Program CBSM di negeri ini bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyalurkan sebarang bentuk maklumat berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000
Seorang lelaki ditahan kali kedua atas kesalahan menyeludup cecair vape bernilai RM150,000 ke negara jiran dalam Op Bersepadu kira-kira pukul 5 petang semalam.
Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard
Dasar dan hubungan dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara.
Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin
Keputusan itu dibuat berdasarkan data yang menunjukkan situasi COVID-19 di negara semakin terkawal
Keselamatan negara: MKN perlu laksana 'Latih Amal Keselamatan Menyeluruh' dengan segera - PM
Ini membolehkan tahap kesiapsiagaan dipertingkat, untuk Malaysia menghadapi sebarang potensi situasi krisis pada masa hadapan.