awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2025
08:50 MYT
Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut bayaran segera caruman KWSP. - Foto Petra News
KUALA LUMPUR: Seramai 15 kakitangan Petra News Sdn Bhd termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2024.
Dalam satu kenyataan kakitangan mendakwa semakan dengan KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perkeso mendapati bahawa walaupun pemotongan gaji telah dibuat untuk caruman berkanun, Petra News gagal menyerahkan bayaran bagi pihak pekerja dan majikan kepada pihak berkuasa berkaitan.
"Pekerja yang terjejas mempunyai bukti pemotongan ini dalam slip gaji bulanan mereka.
"Meskipun pemotongan telah dibuat, syarikat gagal memenuhi kewajipan undang-undang untuk menyerahkan bayaran tersebut, sekali gus menahan hak pekerja secara tidak sah. Kegagalan ini telah menyebabkan kesusahan kewangan kepada pekerja, termasuk permohonan pinjaman yang ditolak kerana caruman KWSP tidak dikreditkan.
"Pekerja juga bimbang akan dikenakan penalti oleh LHDN apabila memfailkan cukai pendapatan mereka," dakwa kenyataan itu.
Dalam pada itu, kakitangan terjejas telah membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Brickfields, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025.
Sehubungan pelanggaran itu, mereka menuntut agar Petra News Sdn Bhd segera melunaskan semua caruman tertunggak KWSP, PCB dan Perkeso bagi tahun 2024 mengikuti keperluan undang-undang.
Selain daripada kegagalan menyerahkan caruman berkanun, pekerja juga mendakwa mengalami kelewatan pembayaran gaji sejak tahun 2024.
"Kakitangan yang terkesan telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, yang kini sedang menjalankan siasatan," menurut kenyataan itu lagi.
Pada masa yang sama, kakitangan ingin menyampaikan penghargaan kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kerana sudi membantu pekerja yang terjejas sejak isu ini didedahkan.
Topic Berkaitan
#perkeso
#KWSP
#EPF
#Petra News Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan