MALAYSIA
''Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dakwa Zara Qairina diugut

Dalam laporan polis yang dibuat, Noraidah menyatakan keraguannya mengenai punca kematian Zara Qairina yang kononnya jatuh dari tingkat tiga bangunan. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA KINABALU: Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, telah membuat satu lagi laporan polis tambahan supaya kes kematian anaknya disiasat secara teliti.
Ringkasan AI
- Noraidah Lamat membuat laporan polis tambahan pada 30 Julai 2025 di Balai Polis Sipitang, memohon siasatan teliti berikutan rakaman perbualan telefon Zara yang mendedahkan gangguan dan ugutan oleh pelajar senior, termasuk individu dikenali sebagai Kak M.
- Noraidah menyatakan keraguan terhadap dakwaan Zara terjatuh dari tingkat tiga bangunan, memandangkan tiada kecederaan fizikal ketara pada wajah anaknya serta dakwaan pihak sekolah meminta agar laporan polis tidak dibuat.
- Tiada bedah siasat dilakukan sebelum pengebumian Zara, mendorong permohonan agar kubur digali semula bagi tujuan inkues, dengan peguam telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan segera.
"Pada 30 Julai 2025, anak guam kami telah memfailkan satu laporan polis tambahan di Balai Polis Sipitang memohon agar pihak polis menyiasat kes kematian Zara secara teliti.
"Ini kerana beliau mempunyai rakaman perbualan telefon dengan Zara yang mana anaknya memaklumkan bahawa terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu atau membulinya.
"Antaranya ialah 'Kak M' yang pernah mengugut Zara dengan berkata 'kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni," katanya dalam kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan tersebut, dalam laporan polis yang dibuat Noraidah menyatakan keraguannya mengenai punca kematian Zara Qairina yang kononnya jatuh dari tingkat tiga bangunan.
"Wajah Zara tidak mempunyai kecederaan fizikal, lebam atau luka yang lazimnya berkait dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.
"Ini ditambah lagi dengan tindakan pihak sekolah yang meminta anak guam kami agar tidak membuat laporan polis," katanya.
Sehubungan itu, peguam yang mewakili Noraidah berkata, anak guam mereka berpendapat bahawa pihak polis sepatutnya melakukan bedah siasat terhadap mayat remaja itu bagi membantu siasatan.
"Ini kerana tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap mayat Zara sebelum beliau dikebumikan. Bedah siasat akan membantu siasatan pihak polis dalam menentukan punca sebenar kematian Zara.
"Dalam laporan polisnya, anak guam kami memohon agar kubur Zarar digali semula bagi tujuan inkues," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami