awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawaran Liverpool untuk Isak ditolak Newcastle

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2025
00:30 MYT
Tawaran Liverpool untuk Isak ditolak Newcastle
Alexander Isak menyertai Newcastle dari Real Sociedad pada 2022 dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta pound, yang ketika itu merupakan rekod perpindahan kelab. - Gambar fail/REUTERS
JUARA Piala Liga, Newcastle United dilaporkan telah menolak tawaran awal yang dikemukakan oleh Liverpool bagi mendapatkan khidmat penyerang utama mereka, Alexander Isak.
Difahamkan, The Magpies meletakkan tanda harga sekitar £150 juta (RM843 juta) untuk pemain kebangsaan Sweden itu, manakala bidaan awal daripada The Reds dikatakan jauh lebih rendah daripada jumlah tersebut.
Biarpun jumlah sebenar tawaran tidak didedahkan, perkara itu telah disahkan secara rasmi oleh pihak kelab.
Langkah Liverpool ini hadir ketika Isak dilaporkan sedang menjalani latihan sendirian bersama kelab lamanya, Real Sociedad, di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai masa depannya di St James’ Park.
Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Newcastle dari Real Sociedad pada 2022 dengan yuran perpindahan sebanyak £60 juta (RM337 juta), yang ketika itu merupakan rekod perpindahan kelab.
Namun, beliau tidak disenaraikan dalam skuad pramusim Newcastle ke Asia baru-baru ini, dipercayai kerana sedang mempertimbangkan peluang untuk berpindah ke kelab baharu.
Pada Julai lalu, media melaporkan bahawa Liverpool sedang menilai potensi perpindahan Isak dengan tawaran mencecah £130 juta (RM731 juta).
Biarpun Newcastle berulang kali menegaskan bahawa Isak tidak akan dijual pada jendela perpindahan musim panas ini, minat mendalam daripada The Reds terus menghangatkan spekulasi.
Juara Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan telah membuat pendekatan awal kepada Newcastle bulan lalu sebelum mengemukakan tawaran rasmi pertama baru-baru ini.
Perkembangan terbaharu itu menimbulkan persoalan sama ada Liverpool akan meningkatkan nilai bidaan bagi memastikan kelancaran perpindahan tersebut.
Pengendali Liverpool, Arne Slot, dikatakan amat berminat untuk membawa masuk Isak bagi memperkukuh jentera serangan The Reds menjelang sepak mula musim baharu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Newcastle United
#Alexander Isak
#jendela perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan