awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau asyik nak bubar kerajaan, bila nak buat pindaan undang-undang?" - Azalina

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/09/2023
02:48 MYT
"Kalau asyik nak bubar kerajaan, bila nak buat pindaan undang-undang?" - Azalina
Kerajaan kini sedang berusaha melakukan beberapa pindaan undang-undang termasuk melibatkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan kini sedang berusaha melakukan beberapa pindaan undang-undang termasuk melibatkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan undang-undang boleh dilakukan namun mekanismenya itu selalunya mengambil masa lebih lama.
Menurutnya, jika boleh, kerajaan mahu melaksanakan pindaan undang-undang secara serentak supaya setiap pindaan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap soalan daripada Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH - Kuala Selangor) yang bertanya bilakah pindaan tersebut dapat dilaksanakan.
Dzulkefly: “Saya yakin dengan komitmen menteri dan jangan dibuat lagi runcit-runcit. Kita buat sekali gus.”
“Tapi Yang Berhormat, kalau selalunya nak bubar kerajaan, macam mana kami nak buat pindaan?”, celah Azalina.
“Tanya kawan-kawan sebelah sana, menteri…kawan-kawan kita sebelah sana. Kena ada kestabilan politik,” balas Dr Dzulkefly.
“Kalau setiap kali buat gerakan nak tukar kerajaan, susahlah begitu,” selar Azalina lagi.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#pindaan undang-undang
#Dewan Rakyat
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan