KUALA LUMPUR: "Kalau kita hanya duduk di rumah kemungkinan maut menunggu."
Itu pandangan seorang warga emas, Rodzee Razak ketika berkongsi kepentingan bagi setiap orang yang berkelayakan mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Bahkan, kata Pengarah Multimedia berusia 63 tahun itu juga, berdoa sahaja tidak mencukupi, tetapi perlu bergerak serentak dengan usaha.
"Sehubungan itu, saya menggesa semua rakyat Malaysia terutamanya warga emas yang dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi supaya datang mengambil vaksin," katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini hari ini.
Rodzee merupakan antara 4,000 penerima dos vaksin Sinovac di PPV itu.
Sementara itu, ketua pengawal keselamatan, Saravanakumar Subramanian, 52, berkata, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana sebarang vaksin yang memasuki negara hanya akan diberikan selepas menjalani beberapa fasa ujian.
"Jadi jangan berlengah-lengah, daftar diri anda semua. Lindungi diri lindungi yang lain," ujarnya.
Dalam pada itu, seorang pesara, Mohd Zahari Nordin, 63, yang mempunyai penyakit komordibiditi seperti darah tinggi dan sakit jantung berkata, dia dimaklumkan mengenai kebaikan vaksin oleh seorang doktor yang memeriksannya sebelum hatinya tergerak untuk mendaftar.
"Saya ada darah tinggi dan pernah diserang minor strok tiga tahun lepas, selepas mendengar penjelasan yang diberi doktor, saya terus mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19, hari ini.
"Adik saya yang ada sakit jantung juga selesai terima (vaksin) dos pertama baru-baru ini. Jadi jangan bimbang," katanya mengingatkan rakyat Malaysia yang mempunyai perasaan kurang yakin pada vaksin COVID-19 agar segera mengikis pandangan sedemikian.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di PPV KLCC mendapati pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berada di tahap yang tinggi dengan 1,120 kerusi disediakan kepada penerima vaksin.
Malah mereka juga membahagikan tempat duduk berdasarkan waktu janji temu dari 30 minit hingga tiga jam.
Ini bermakna mereka yang datang awal daripada waktu janji temu masih dibenarkan masuk dan duduk di dalam dewan.
Menariknya, krew kabin AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) menjadi sebahagian daripada sukarelawan di PPV itu.
Berbeza dengan petugas MAS, sukarelawan AirAsia memakai pakaian pramugari dan melayan para penerima vaksin. Pun begitu, ia dilakukan secara berkala mengikut jadual.
Umavathi Ramayah
Sun Jun 13 2021
Penerima vaksin Sinovac di PPV KLCC (dari kiri) Rodzee Razak, Saravanakumar Subramanian dan Mohd Zahari Nordin. - Gambar Astro AWANI
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.