MIRI: Dengan kedudukannya sebagai negeri terbesar di Malaysia, Sarawak cukup kaya dengan khazanah budaya yang tersendiri.
Warisan budaya tidak hanya dapat dilihat pada makanan, pakaian atau adat, malahan juga kraftangannya.
Perjalanan ke Kg Long San Telang Usan, Baram, Miri, mempertemukan Astro AWANI dengan sepasang suami isteri yang mengabdikan diri kepada seni kreatif yang semakin ditelan zaman.
Melewati usia emas, William Lusing, 84 tahun, dan isteri, Lucy Suling Lian, 73 tahun, masih tekun melukis dan menganyam pelbagai jenis kraf tanpa lelah.
Hasil seni itu ada sebahagiannya ditempah oleh penduduk sekitar, ada juga yang dijual kepada pelancong yang mahu menjadikannya buah tangan.
Permulaan mengenali seni kreatif warisan itu hampir 40 tahun lalu didorong minat yang mendalam, ditambah pula dengan bakat semula jadi yang dimiliki.
"Saya tak pernah ambil kelas atau belajar dengan sesiapa, tapi dengan kekuatan hati, saya belajar sendiri. Ambil apa-apa barang atau ukiran, cuba ikut-ikut lukis. Selepas itu barulah buat betul-betul, ukir pada kayu guna pisau. Akhirnya menjadi, ada orang suka dan beli.
"Memang dari awal pun sebab minat. Buat sampai jadi. Prinsip saya ialah buat kerja, mesti buat sampai jadi, jangan buat kemudian tinggalkan begitu saja.
"Macam alat muzik sape. Saya tak pandai main sape tapi saya buat (ukir) dan orang lain dapat main," katanya ketika ditemui di kediamannya, baru-baru ini.
Antara kraf yang dihasilkan mereka ialah sejenis topi yang dipakai semasa acara keramaian dipanggil Tapung La'a, ukiran sape, anyaman manik serta lukisan abstrak tradisional.
Menurut Ketua Kaum Kg Long San Telang Usan, Lucia Payakalang, pasangan itu adalah antara tiga individu di kampung tersebut yang masih aktif dalam seni kraf tradisional, dengan majoriti anak muda tidak berminat meneruskan atau mempelajarinya.
"Tak ada yang mahu belajar. Mereka berdua (William dan Lucy) akan berbesar hati kalau ada yang mahu belajar tapi biasalah anak muda sekarang, minat mereka bukan ke arah itu.
"Dahulu saya pun ada buat kraf juga. Tapi apabila usia sudah meningkat, penglihatan pun sudah tidak begitu baik jadi terpaksa tinggalkan," katanya yang memiliki banyak koleksi kraf tradisional dalam simpanan.
Memahami jiwa anak muda yang dicuri arus kemodenan, namun William masih menaruh harapan agar ada yang meneruskan seni itu selepas ketiadaan mereka kelak.
"Ada juga saya beritahu anak-anak muda, kalau ada peluang belajarlah. Ini budaya kita, lama-lama nanti kalau tak ada yang meneruskan, ia akan lenyap begitu saja. Tak ada yang buat lagi, mungkin kamilah generasi terakhir.
"Kalau kita hilang perkara yang jadi budaya kita, susahlah. Cubalah pelihara budaya kita kerana kalau lenyap, mungkin satu hari nanti bangsa kita pun sudah tidak wujud lagi," katanya mengakhiri perbualan.
Madiha Abdullah
Sat Mar 02 2024
William dan Lucy masih tekun melukis dan menganyam pelbagai jenis kraf walaupun pada usia emas. - Foto Astro AWANI
TPM, jemaah menteri ucap Selamat Hari Malaysia
Seluruh rakyat Malaysia diajak untuk terus menjaga hubungan baik antara kaum, memperkukuhkan perpaduan dan menanam semangat patriotik dalam jiwa setiap generasi muda.
[TERKINI] DR DZUL gesa siasatan terperinci ke atas Dr. Tay Tien Yaaa
Kematian Ketua Unit Patologi Kimia, Dr. Tay Tien Yaa, yang dilaporkan menamatkan hayatnya, perlu disiasat dengan lebih mendalam dan terperinci.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu hantaran di X pada Isnin berkata, beliau bertegas bahawa beliau tidak mempunyai sebarang toleransi terhadap buli sejak 2018.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu hantaran di X pada Isnin berkata, beliau bertegas bahawa beliau tidak mempunyai sebarang toleransi terhadap buli sejak 2018.
Agrobank tawar pakej menarik, serlah potensi usahawan muda
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 dijangka menjadi lebih meriah dengan penyertaan aktif Agrobank sebagai salah satu penaja utama.
Biden lega Trump tidak cedera selepas cubaan bunuh
Presiden Amerika Joe Biden lahirkan rasa lega kerana bekas presiden Donald Trump tidak cedera berikutan cubaan membunuh.
AWANI Pagi: Keretapi Sarong 2024, symbol perpaduan rakyat
Keretapi Sarong 2024 (KS24) kembali dengan penuh warna-warni sekaligus menghidupkan semangat Hari Malaysia ke-61.
Pengarah Program Keretapi Sarong 2024 (KS2024), Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, dengan tema ‘Bangga Malaysia’, KS24 tahun ini bukan sekadar membentuk identiti negara tetapi menyerlahkan kreativiti dan potensi komersil Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.
Ikuti kisah acara yang menyatukan rakyat Malaysia dan rantau ASEAN ini dalam AWANI Pagi.
Pengarah Program Keretapi Sarong 2024 (KS2024), Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, dengan tema ‘Bangga Malaysia’, KS24 tahun ini bukan sekadar membentuk identiti negara tetapi menyerlahkan kreativiti dan potensi komersil Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.
Ikuti kisah acara yang menyatukan rakyat Malaysia dan rantau ASEAN ini dalam AWANI Pagi.
Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi - Duta
Antara bidang teknologi termasuk kilang pintar, pengeluaran robotik, semikonduktor, elektronik, tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, agroteknologi, bioteknologi, dan penjagaan kesihatan.
What makes a good life? How do you find your way when you’re lost? How do you balance work and fun?
The younger generation post this question and more to the 2024 Merdeka Award laureates, to gain some wisdom. Would you agree with what they’ve shared?
Find out more about the inspiring 2024 Merdeka Award laureates by visiting www.merdekaaward.my or search for Merdeka Award on all social media platforms!
#MerdekaAward #2024MerdekaAward #MAT #FosterExcellence #SayaAnakMalaysia
Find out more about the inspiring 2024 Merdeka Award laureates by visiting www.merdekaaward.my or search for Merdeka Award on all social media platforms!
#MerdekaAward #2024MerdekaAward #MAT #FosterExcellence #SayaAnakMalaysia
Umat Islam wajar terus jadikan Rasulullah sebagai 'Uswatun Hasanah' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai 'Uswatun Hasanah'.
#AWANIRingkas 16 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 September 2024
1️⃣ TPM: Terus bantu Palestin
2️⃣ 44 rumah musnah, 150 penghuni terjejas
3️⃣ Insiden semasa bermain golf
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Terus bantu Palestin
2️⃣ 44 rumah musnah, 150 penghuni terjejas
3️⃣ Insiden semasa bermain golf
#awaniringkas
Tolak perpecahan, julang kebersamaan, lonjak potensi negara bersama - Anwar
Perdana Menteri mahu seluruh rakyat Malaysia menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara ke tahap tertinggi.
Labu sayong miliki peminat tersendiri, proses pembuatan perlu terus diwarisi
Peredaran masa menyaksikan tanah liat sayong kini tidak lagi hanya dijadikan labu sayong, sebaliknya telah diinovasi menjadi pelbagai produk lain.
'Kalau hilang budaya, apa lagi yang tinggal?'
Perjalanan ke Kg Long San Telang Usan, Baram, mempertemukan Astro AWANI dengan sepasang suami isteri yang mengabdikan diri kepada seni kraf.
LCW: Samri dan Maznah teruja, bangga perkenal keunikan seni kraf ke mata dunia di London
A. Samri Abdul Rahman dan Maznah Unyan mahu memastikan seni warisan kaum Orang Asli Mah Meri tidak lapuk ditelan zaman.
Aksesori batik buatan tangan pikat generasi muda
Motif batik semakin mendapat tempat di hati anak muda bukan sahaja melalui pakaian, namun kini turut diketengahkan dalam aksesori wanita menerusi pelbagai teknik seni kraf.
Tikar mengkuang Munah masih jadi pilihan selepas 30 tahun
Munah mampu mhasilkan antara 10 hingga 15 keping tikar mengkuang pelbagai saiz sebulan secara tradisional yang dijual pada harga bermula RM65 hingga RM180 dari rumah.
Pendaki Korea Selatan ubah sampah jadi seni dengan mesej alam sekitar
Kang-eun mengasaskan kumpulan pendaki yang menjaga kebersihan laluan pendakian di beberapa lokasi gunung popular.
HKK 2020 bakal perkasa sosioekonomi usahawan kraf tempatan
Sambutan Hari Kraf Kebangsaan berhasrat membawa hala tuju baharu kepada usahawan-usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka.
Sarawak sambut baik pencalonan songket keringkam bagi pengiktirafan UNESCO
Pencalonan itu adalah inisiatif Jabatan Warisan Negara dan dibantu oleh Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia, Kuching.