PETRA mohon pelaksanaan projek tebatan banjir menerusi kaedah alam semula jadi

Akmal Nasrullah berkata permohonan itu melibatkan penyediaan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk konsep berasaskan pemodelan saintifik yang boleh diguna pakai agensi teknikal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengemukakan permohonan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi pelaksanaan projek tebatan banjir menerusi kaedah berasaskan alam semula jadi (NBS).
Ringkasan AI
- PETRA telah mengemukakan permohonan di bawah RMK13 untuk melaksanakan projek tebatan banjir menggunakan pendekatan berasaskan alam semula jadi (NBS), termasuk kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk konsep berdasarkan pemodelan saintifik.
- Kajian keberkesanan NBS telah dijalankan oleh NAHRIM bersama pakar Belanda melalui program DRRS dari Mac hingga Jun 2024, meliputi strategi pengurusan endapan sungai, sistem kawalan sedimen NEDS, konsep bandar serapan banjir, penderia tempatan dan penuaian air hujan selaras dengan strategi AIR 2040.
- Pendekatan NBS telah lama diterapkan dalam infrastruktur seperti empangan JPS yang berfungsi sebagai mitigasi banjir, bekalan air dan pengairan pertanian, dan PETRA kini memperluas penggunaannya agar lebih kos efektif dan berdaya tahan.
"Kajian ini merangkumi strategi pengurusan endapan sungai dan penggunaan sistem NAHRIM Environmental Dredging System (NEDS) bagi kawalan sedimen, pemodelan konsep bandar serapan banjir (sponge city), pembangunan penderia tempatan selaras dengan strategi Transformasi Sektor Air (AIR 2040) dan pelaksanaan penuaian air hujan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Akmal Nasrullah berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) tentang langkah strategik PETRA bagi memastikan infrastruktur hijau dan penyelesaian alam semula jadi diterapkan dalam projek tebatan banjir agar lebih kos efektif, berdaya tahan dan memberikan manfaat langsung kepada rakyat.
Beliau berkata pendekatan NBS bukanlah baharu kerana telah lama diterapkan dalam pembangunan infrastruktur seperti empangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bukan sahaja berfungsi sebagai mitigasi banjir, tetapi juga sebagai sumber bekalan air dan pengairan pertanian.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

