awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamalanathan serah laporan penyebaran soalan palsu UPSR kepada SKMM

Bernama
Bernama
08/09/2016
14:57 MYT
Kamalanathan serah laporan penyebaran soalan palsu UPSR kepada SKMM
Menurut catatan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Kamalanathan berkata beliau turut menyerahkan tiga cetakan skrin individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut. - Gambar fail
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan hari ini menyerahkan laporan rasmi berhubung penyebaran soalan palsu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di media sosial kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Beliau yang hadir ke pejabat SKMM di Cyberjaya menyerahkan laporan rasmi mengenai penyebaran gambar soalan palsu UPSR itu kepada Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi MCMC Zulkarnain Mohd Yasin.
Menurut catatan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Kamalanathan berkata beliau turut menyerahkan tiga cetakan skrin individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut.
Beliau berkata pihak SKMM berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab.
"Ini harus menjadi satu pengajaran kepada semua pengguna media sosial agar tidak menyiarkan sebarang berita tanpa menyemak kesahihan," katanya.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini menafikan terdapat soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2, UPSR 2016, berbaur perkauman seperti yang tersebar di media sosial.
Topic Berkaitan
#kertas soalan palsu
#MCMC
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan