SETIU: Seorang penternak tidak menyangka suasana suram kerana kambingnya berhenti mengembek merupakan petanda seekor daripada haiwan peliharaannya itu telah ditelan ular sawa batik 'gergasi'.
Kehadiran reptilia itu disedari seorang penternak, Zawiyah Senik, 54 ketika ke kandang kambing berhampiran kediaman di Kampung Merang, di sini untuk memberi makan dedak kira-kira jam 11.45 pagi pada Khamis.
Abangnya, Abd Aziz Senik, 61, berkata, adiknya yang terkejut dengan penemuan itu segera memanggilnya sebaik melihat haiwan seberat 100 kilogram itu berlingkar kekenyangan di dalam kandang.
"Semalam (Khamis) cuaca hujan dari pagi hingga tengah hari. Adik saya agak lewat ke kandang kambing untuk beri makan.
"Hairan juga kerana biasanya kambing peliharaanya akan mengembek apabila tiba waktu makan pada waktu tengah hari.
"Keadaan juga agak berbeza kerana kebanyakan kambing tidak mengeluarkan bunyi seolah-olah ketakutan.
"Salah seekor daripadanya iaitu ibu kambing beranak dua yang buta mata sebelah kiri pula tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Menurut Abd Aziz, ular itu dipercayai telah menelan ibu kambing berkenaan pada sebelah malam berdasarkan kedudukan kambing yang berada pada bahagian tengah perutnya.
"Saya anggarkan kejadian ini berlaku sebelah malam kerana biasanya seekor ular akan mengambil masa yang agak lama untuk menelan kesemua mangsanya.
"Lagipun kambing yang dimakan itu buta sebelah mata dan tidak berupaya melihat kehadiran haiwan pemangsa itu sebelum dibelit dan ditelan," katanya.
Abd Aziz berkata, kali terakhir kediaman itu 'dikunjungi' ular sawa batik kira-kira lima tahun lalu yang membaham ayam di dalam reban.
Sementara itu, Pegawai Operasi Skuad Delta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Terengganu/ Kuala Nerus, Lt M (PA) Norulhaida Md Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan ular itu sekitar jam 11.55 pagi.
"Seramai tiga anggota APM tiba dilokasi kejadian pada jam 12.30 tengah hari dan ular berkenaan berjaya ditangkap dan dibawa ke lori APM setengah jam kemudian.
"Ular sawa seberat 100kg dan panjang 6 meter itu dibawa ke APM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 17 2021
Keadaan ular sawa batik selepas menelan seekor ibu kambing yang buta sebelah mata di Kampung Merang, Setiu. -Foto Sinar Harian
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah kelas laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahklasifikasi laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing
Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular.
Ular sawa batik jatuh dari siling rumah
Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka, pada Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing
Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
'Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar
APM Terengganu menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat kira-kira 120 kilogram (kg) di Kuala Nerus.
Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.
Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang empat meter di bahagian enjin kenderaan di Kampung Pantai Belimbing, Melaka.
Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas
Pemilik rumah dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.
Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing menangkap seekor ular sawa seberat 150 kilogram (kg) di kawasan chalet di sini, semalam.