NATIONAL
Kami Rita Sherpa perbaharui rekod dunia daki Everest buat kali ke-31

Kami Rita pertama kali menawan puncak setinggi 8,848.86 meter itu pada 1994 dan telah mendakinya hampir setiap tahun selepas itu, menurut Guinness World Records. - Gambar/ Reuters
KATHMANDU: Pemandu pendakian veteran, Kami Rita Sherpa berjaya menawan puncak Gunung Everest buat kali ke-31, sekali gus memperbaharui rekod dunianya sendiri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Kami Rita Sherpa, pemandu pendakian veteran berusia 55 tahun, berjaya menawan puncak Gunung Everest buat kali ke-31, sekali gus memperbaharui rekod dunia yang dipegangnya.
- Beliau pertama kali mendaki Everest pada 1994 dan hampir setiap tahun selepas itu, serta turut mendaki beberapa puncak Himalaya lain melebihi 8,000 meter.
- Pendaki lain seperti Pasang Dawa Sherpa (29 kali) dan Kenton Cool dari Britain (19 kali) turut mencatat rekod tersendiri, dengan kebanyakan pendakian dilakukan melalui laluan selatan dari Nepal.
Bekas pengangkut barang yang kini menjadi pemandu ekspedisi itu juga pernah mendaki beberapa puncak Himalaya lain yang melebihi 8,000 meter.
Pesaing terdekatnya, Pasang Dawa Sherpa menawan puncak itu sebanyak dua kali musim ini, menjadikan jumlah keseluruhannya kini 29 kali, menurut syarikat ekspedisi Climbing the Seven Summits.
Awal bulan ini, pendaki gunung Britain Kenton Cool pula berjaya menawan puncak Everest buat kali ke-19, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki bukan etnik Sherpa paling kerap menawan puncak itu.
Sherpa merupakan kumpulan etnik dari kawasan pergunungan yang sering bekerja sebagai pemandu dan porter bagi pendaki gunung dari luar negara.
Gunung Everest boleh didaki dari Nepal dan Tibet yang ditadbir China, namun kebanyakan pendaki memilih laluan selatan dari Nepal, dengan kos permit sekitar US$11,000. Menurut pihak berkuasa pelancongan Nepal, seramai 468 pendaki menerima permit itu untuk musim bunga ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami