Polis Kedah sedang melakukan siasatan terperinci berhubung kes seorang ustaz yang didakwa dipukul, ditumbuk dan digari oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung aduan yang dibuat pengadu.
"Kita sedang menunggu kertas laporan perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HBS) berhubung kecederaan yang dialami pengadu sebelum dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
"Kita turut memandang serius dakwaan tersebut dan akan menjalankan siasatan secara telus dan terperinci mengikut undang-undang yang sedia ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak," katanya.
Justeru itu jelasnya, pihaknya telah memanggil pengadu untuk hadir ke IPD Kuala Muda pada 12 Feb lalu untuk menjalankan proses kawad cam bagi mengenal pasti anggota yang terlibat dalam kejadian tersebut.
"Bagaimanapun, pengadu tidak hadir dan dimaklumkan akan hadir pada 17 Feb ini.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Undang-undang Kecil 1955," ujarnya.
Pada Ahad, pengadu, Mohd Na'im Zakaria, 30, yang juga guru agama mendakwa telah digari, dicederakan serta dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh dua anggota polis.
Bagaimanapun menerusi siasatan awal polis, hasil pemeriksaan dijalankan ke atas motosikal jenis Naza Blade yang ditunggangi pengadu, terdapat kesalahan pada nombor pendaftaran.
Selain itu saman juga telah dikeluarkan namun pengadu enggan untuk menandatangani saman tersebut.
Akibatnya, pengadu telah melakukan provokasi dan enggan memberikan kerjasama apabila ditanya lanjut mengenai motosikal tersebut sehingga mendorong terjadinya insiden tersebut.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Feb 15 2016
ZAMRI: Siasatan akan dijalankan secara telus dan terperinci tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Identiti lelaki rentung terbakar di Merbok sudah dikenal pasti
Mangsa yang berusia 60-an merupakan lelaki tempatan dan OKU hasil pengesahan ahli keluarganya.
Fisol Ketua Polis Kedah yang baharu
Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman
Datuk Fisol Salleh akan menggantikan Wan Hassan sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu dengan memangku pangkat CP.
Anggota polis cedera ditikam bergelut dengan tokan dadah
Seorang anggota polis cedera ditikam di betis dalam pergelutan ketika manangkap tokan dadah di tepi jalan Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun.
Polis Kedah tingkatkan kawalan di sekolah elak kejadian culik
Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melakukan pematauan dan rondaan dua kali setiap hari di sekolah-sekolah.
Wan Hassan dilantik Ketua Polis Kedah baharu
Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat berkuat kuasa hari ini.
Tak sampai 6 jam, suspek rompak kedai emas di Alor Setar ditahan
Seorang lelaki ditahan tidak sampai enam jam selepas merompak sebuah kedai emas di Kompleks Sri Putra Seberang Jalan Putra, Alor Setar pada Isnin.
Aktiviti rentas negeri mungkin disalah guna sesetengah pihak - Ketua Polis Kedah
Polis Kedah akan meningkatkan operasi khususnya di kawasan pintu sempadan susulan kebenaran aktiviti rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi yang memungkinkan kelonggaran ini disalah guna.
Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan
Polis Kedah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) ketika dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa di daerah Kuala Muda, pada 20 Julai lepas.
Ahli Parlimen didakwa langgar SOP, polis Kedah buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.