MARAN: Hampir 200 orang penduduk serta peniaga di Arked Perniagaan Pekan Awah, Maran merayu agar masalah bekalan air yang tidak berkesudahan segera diselesaikan.
Mereka mendakwa masalah berkenaan telah berlarutan sejak 20 tahun lalu sehingga menyebabkan ada peniaga yang terus menutup perniagaan mereka.
Paling menyedihkan, walaupun air sekejap ada sekejap tiada, mereka tetap juga perlu membayar bil setiap bulan sebanyak RM20.
Azmil Zakuan Ishak, salah seorang peniaga di situ sejak 2006 mendakwa mereka terpaksa membawa air sendiri yang diangkut dari rumah untuk kegunaan harian di premis perniagaanya.
“Air ada ke tak ada RM20 memang kena bayar. Jadi apa guna bayar RM20 kalau air yang macam ini, ini macam suatu penganiayaan untuk peniaga peniaga kat sini," katanya.
Bagi pasangan warga emas orang kurang upaya (OKU), Zakaria Talib, dan isterinya, Norihan Ismail, mereka sangat berharap luahan mereka mendapat perhatian pihak-pihak berkenaan.
Mereka yang mengusaha kedai membaiki barangan elektrik sejak September 1994 berkata sehingga sekarang, masalah bekalan air tidak pernah selesai.
"Mula pindah sini tahun 1994 bulan September, memang datang sini tak ada air, air paip begitulah kadang ada kadang tak ada. Kadang-kadang tak tahu nak cakap. Memang saya rasa tak ada tenaga dah nak angkut air daripada luar tu ke dapur, atas rumah memang saya tak angkut dah tak daya saya tak ada tenaga," luahnya.
Keluhan sama juga disuarakan oleh Siti Huzaimah Md Omar yang mengusaha kedai makan.
Siti Huzaimah berkata dia seperti telah penat dan penduduk serta peniaga di kawasan itu juga penat membuat aduan kepada pihak berkaitan namun tidak ada sebarang tindakan susulan diambil.
"Air sekejap ada sekejap tak ada bila ada kita buka, lama-lama kita jadi masalah dan kita pun jadi malas sebabnya masalah air ni terlampau berlarutan dari dulu sampai sekarang sedangkan kita ada loji yang besar kat situ, macam tak berfungsi langsung," katanya.
Terletak di tepi laluan utama menuju ke Plaza Tol Chenor di Lebuh raya Pantai Timur dengan kedudukan yang strategik itu sepatutnya memberi kelebihan kepada peniaga memperoleh pendapatan lebih baik.
Namun masalah bekalan air yang tidak berkesudahan itu membantutkan segala usaha ekonomi penduduk dan mereka seakan tiada tempat hendak mengadu.
Air adalah kemudahan paling asas namun penduduk mendakwa seperti dinafikan.
Mohd Zalani Md Atan
Tue Feb 15 2022
Masalah bekalan air yang tidak berkesudahan itu membantutkan segala usaha ekonomi penduduk dan mereka seakan tiada tempat hendak mengadu. - Foto Astro AWANI
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah
Peruntukan itu adalah tambahan daripada RM300 juta yang telah diluluskan secara pinjaman oleh Jemaah Menteri pada 27 September tahun lepas.
Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry
Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki
SPRM akan memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah
Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh negeri.
Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.
Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham
Nor Hisham menyarankan agar takungan air tepi sungai seperti yang dilakukan di Selangor wajar juga diterokai.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Baraj rosak: Sepatutnya tuding 'Putrajaya' bukan Kedah- Sanusi
Menurut Sanusi, tudingan terhadap kesalahan melibatkan pemantauan baraj berkenaan perlu dihalakan kepada kementerian yang terlibat.
Masalah air: Tiga kategori pengguna jadi keutamaan - TPM
Kerajaan mengambil langkah proaktif bagi tempoh pertengahan bulan Mei hingga akhir September yang dijangkakan berdepan monsun barat daya untuk memastikan bekalan air mencukupi.