SEPANG: Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd dan berkata sebarang keputusan komersial terserah sepenuhnya kepada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu, bagi kerajaan, mereka perlu mematuhi semua proses dalam syarat peraturan iaitu dari segi permohonan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Semua permohonan mereka hendaklah dikemukakan mengikut prosedur biasa untuk kelulusan teknikal. Bagaimanapun pada ketika ini kita belum mendengar sebarang permohonan daripada mereka lagi," katanya kepada media selepas pelepasan penumpang Batik Air ke Sibu dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, di sini, pada Rabu.
Loke juga telah menjelaskan kepada MYAirline bahawa dasar penerbangan negara menyatakan 51 peratus kepentingan mesti dimiliki oleh syarikat tempatan manakala mana-mana entiti asing hanya boleh menguasai setakat 49 peratus.
Pada 12 Jan, dilaporkan bahawa pada penghujung Disember 2023, MYAirline telah memperoleh dan menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan pelabur dari Timur Tengah.
Ini akan membolehkan MYAirline berusaha untuk menyambung semula operasi menjelang pertengahan tahun ini.
Sebagai imbasan, MYAirline terbang dengan lebih satu juta penumpang di dalam negara pada 26 Jun 2023, beberapa bulan selepas penerbangan sulungnya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia.
Syarikat penerbangan itu mempunyai faktor muatan purata sebanyak 91 peratus dan menerbangkan lapan pesawat Airbus A320-200 sehingga 12 Okt, memberikan prestasi menepati masa yang sihat melebihi 90 peratus.
Bagaimanapun, menjelang 12 Okt tahun lepas, MYAirline membuat pengumuman secara tiba-tiba bahawa ia telah menggantung operasinya berkuat kuasa pada hari itu, dengan alasan tekanan kewangan. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd dan berkata sebarang keputusan komersial terserah sepenuhnya kepada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu. - Gambar fail Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.
Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.
Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.
MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.
Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.
MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.
MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.
Kemelut MYAirline: PERKESO laksana lima intervensi, 357 permohonan faedah SIP diproses
PERKESO sudah menjalankan lima program intervensi dalam membantu merungkai kemelut dialami pekerja syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).
KSM minta pekerja MYAirline fail tuntutan baki gaji segera
Pekerja syarikat penerbangan MYAirline yang terjejas ekoran penggantungan operasi syarikat berkenaan sejak 12 Oktober lepas diminta memfailkan tuntutan baki gaji mereka segera.