awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#KamiCare4Sabah: Astro Radio berjaya kumpul 3.5 tan bantuan untuk komuniti terjejas COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2020
16:16 MYT
#KamiCare4Sabah: Astro Radio berjaya kumpul 3.5 tan bantuan untuk komuniti terjejas COVID-19
Kempen Kami Care 4 Sabah anjuran Astro Radio berjaya mengumpul 3.5 tan barangan.
KUALA LUMPUR:Kempen Kami Care 4 Sabah anjuran Astro Radio berjaya mengumpul 3.5 tan barangan derma yang disumbangkan dari 19 hingga 23 Oktober 2020.
Barang-barang yang disumbangkan terdiri daripada keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, makanan dalam tin, kopi, mi segera, biskut, minuman paket dan susu.
Dalam satu kenyataan media malam ini, Astro Radio memberitahu semua barangan itu diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dan Pasukan Pertahanan Negeri Sabah untuk disalurkan kepada rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Astro Radio Sabah, pendengar dan rakan niaga termasuk Annona Bird's Nest, PAGEBS, Popoutink, Passfume, Sazarice, Wah Yoon, V Magic, Daikin Pro Shop dan Tung E menyumbang kepada usaha Kami Care 4 Sabah menerusi pembelian barang keperluan di tiga pasar raya Bataras terpilih.
"Setelah selesai pembelian, barang-barang berkenaan diserahkan di stesen # KamiCare4Sabah yang terletak berhampiran pintu keluar utama Pasar Raya Bataras.
"Kami Care 4 Sabah adalah inisiatif oleh HITZ Sabah, ERA Sabah dan MY Sabah dengan kerjasama Sazarice dan Bataras Hypermarket," kata kenyataan itu.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fasa kedua Kami Care 4 Sabah, orang ramai boleh lawati media sosial ERA Sabah, MY Sabah dan HITZ Sabah.
Topic Berkaitan
#Kami Care 4 Sabah
#Astro Radio
#PKPB
#COVID-19
#Astro
#Sabah
#bantuan
#penduduk terjejas
#KamiCare4Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan