Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan tindakan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada UMNO.
“Saya agak kecewa kerana beliau Naib Ketua Wanita UMNO, jawatan kedua tertinggi dalam Wanita UMNO melakukan perkara bertentangan dengan peraturan, semangat perjuangan dan prinsip parti.”
“Kalau berlaku hal begini dia secara automatik dipecat daripada parti sesuatu yang bagi saya amat mengecewakan, tetapi kita hendak menunjukkan parti bertindak tegas tidak mahu ada pembelot apatah lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya yang penting,” tegas Muhyiddin.
Muhyiddin ditemui selepas proses penamaan calon PRU-13 bagi kerusi Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.
Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau bagaimanapun menyatakan beliau telah meletakkan semua jawatan daripada parti.
Sementara itu, di MANJONG, wartawan NABIHAH HAMID melaporkan, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak kecewa dengan tindakan Naib Ketua Wanita UMNO itu yang memilih jadi calon bebas.
Beliau bagaimanapun menyerahkan nasib Kamilia kepada pucuk pimpinan parti untuk tindakan lanjut.
'Kita tak boleh halang beliau. Beliau (kini) berhadapan dengan segala kemungkinan diambil tindakan sewajarnya berdasarkan peraturan parti," katanya kepada wartawan semasa ditemui di pusat penamaan calon bagi kawasan Parlimen Lumut.
Zambry yang juga Menteri Besar Perak turut kecewa dengan tindakan Kamalia yang disifat tidak berprinsip.
Muhyiddin semalam berkata, mana-mana ahli parti komponen BN yang bertanding atas tiket bebas pada PRU-13 akan digugurkan keahlian parti sepanjang hayat atau dipecat secara automatik.
Kamilia sebelum ini merungut kerana tiada calon kanan daripada sayap Pergerakan Wanita UMNO yang dikemukakan sebagai calon oleh BN dalam pilihan raya umum ini.
Najib yang juga Presiden UMNO kemudian menjelaskan bahawa Kamilia ditawarkan bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan dijanjikan jawatan exco jika BN mendapat mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan negeri, tetapi beliau menolak.
Sehubungan itu, kata Najib tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.
"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco," kata Najib.
Sementara itu, Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil juga menyatakan rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Kamilia bertanding di atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Hakim Rahman
Sat Apr 20 2013
Erik Ten Hag kecewa Manchester United tiada 'naluri pembunuh'
"Kami perlu menang dan sekali lagi kami berada dalam kedudukan untuk menang, tetapi kami perlu lebih membunuh (menghabiskan perlawanan)."
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
Untung bersih Nestle jatuh 36.1 peratus kepada RM85.41 juta pada suku ketiga
Kejatuhan itu mencerminkan kesan perolehan yang lebih rendah di samping usaha berterusannya untuk meningkatkan kecekapan dalaman.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Oktober 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1MDB: Najib Razak buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.
KPM beri cuti kepada Cikgu Din yang diuji masalah kesihatan isteri .
Hasrat Malaysia sertai BRICS tegak dasar bebas dan berkecuali.
1MDB: Najib Razak buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.
KPM beri cuti kepada Cikgu Din yang diuji masalah kesihatan isteri .
Hasrat Malaysia sertai BRICS tegak dasar bebas dan berkecuali.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
AirAsia X catat peningkatan penumpang 34 peratus kepada 1.08 juta pada suku ketiga 2024
Prestasi tersebut dicapai apabila lebih banyak pesawat kembali beroperasi sepanjang tahun lepas.
Kerajaan UK akan haramkan penjualan 'vape' pakai buang
Penjualan peranti rokok elektronik atau vape pakai buang akan diharamkan di Britain menjelang musim panas depan.
Menurut Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (Defra) pada Rabu, perundangan baharu untuk mengharamkan penjualan vape pakai buang mulai 1 Jun 2025 telah dibentangkan di Parlimen.
Menurut Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (Defra) pada Rabu, perundangan baharu untuk mengharamkan penjualan vape pakai buang mulai 1 Jun 2025 telah dibentangkan di Parlimen.
Matlamat kukuh kerjasama perbankan, kurangkan guna dolar
Negara anggota BRICS akan mengukuhkan kerjasama dengan satu sama lain dalam sektor perbankan.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, anggota blok itu juga akan meningkatkan pembayaran menggunakan matawang tempatan masing-masing.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, anggota blok itu juga akan meningkatkan pembayaran menggunakan matawang tempatan masing-masing.
Sidang kemuncak digulung dengan resolusi 134 perkara
Negara anggota BRICS menggulung sidang kemuncaknya ke-16 dengan menerbitkan deklarasi yang mengandungi 134 perkara.
Ia termasuk gesaan penstrukturan semula institusi PBB, serta gencatan senjata dalam konflik Asia Barat.
Ia termasuk gesaan penstrukturan semula institusi PBB, serta gencatan senjata dalam konflik Asia Barat.
Rusia sedia bantu redakan konflik Asia Barat
Rusia sedia membantu untuk menamatkan konflik di Asia Barat.
Presidennya, Vladimir Putin berkata, tidak ada pihak yang mahu konflik itu terus merebak tanpa penghujung.
Presidennya, Vladimir Putin berkata, tidak ada pihak yang mahu konflik itu terus merebak tanpa penghujung.
Kamilia: Antara undi simpati dan undi untuk parti
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar jadi tumpuan selepas bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon bebas.
Kamilia dipecat daripada UMNO
Tindakan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Naib Ketua Wanita UMNO itu bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.