awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Binjai diselubungi debu akibat aktiviti menambun tanah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
17/03/2022
21:00 MYT
Kampung Binjai diselubungi debu akibat aktiviti menambun tanah
Debu tebal pada kain lap yang perlu dibersihkan setiap hari oleh pengusaha kedai makan di Kampung Binjai. - Astro AWANI
DUNGUN: Pencemaran debu akibat aktiviti menambun tanah sejak tiga bulan lalu menjejaskan kualiti hidup penduduk di Kampung Binjai, di sini.
Ia berikutan lori mengangkut tanah yang berulang alik ke kawasan penambakan menyaksikan kampung terbabit dipenuhi debu saban hari.
Menurut penduduk, selain mengancam keselamatan pengguna jalan raya, ia turut menjejaskan kegiatan ekonomi penduduk tempatan.
"Memang sangat kecewa dan sedih kerana kedai saya ini di tepi jalan besar jadi memang terkesan dengan debu yang sangat tebal.
"Setiap hari kami terpaksa lap setiap meja dan segala perabot di kedai ini sebab debu ini," kata pengusaha restoran, Noramah Abidin.
Kegiatan menambak tanah di kawasan itu juga mengakibatkan penduduk terdedah kepada masalah kesihatan.
"Debu itu tiap-tiap hari, lantai berdebu, kereta dipenuhi debu. Setiap hari memang kena bersihkan.
"Anak-anak juga batuk. Selepas baik, batuk kembali. Bagi peniaga pula, ada hari boleh berniaga, ada hari tidak boleh berniaga akibat debu ini," kata suri rumah, Nor Hidayah Ahmad Fauzi.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Che Lijah, Ibrahim Senik ketika dihubungi berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan.
Menurut Ibrahim, pihaknya akan meminta kerjasama Pejabat Daerah dan Pentadbir Tanah Dungun untuk tindakan lanjut bagi mengatasi masalah itu dalam tempoh terdekat.
Topic Berkaitan
#debu
#pencemaran
#masalah kesihatan
#menambun tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan