Kampung Pawong di penempatan Orang Asli Pos Slim, Simpang Pulai dekat sini tidak selamat didiami kerana terdedah kepada risiko rekahan tanah lebih teruk.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Perak Datuk Ir Ahmad Zukni Ahmad Khalil berkata kedudukan kawasan itu yang dekat dengan tebing sungai selain faktor cuaca menyebabkan kampung tersebut tidak selamat.
"Buat masa ini, kawasan tersebut masih tidak selamat. Faktor hujan lebat dan jarak dekat dengan tebing sungai adalah faktor utama.
"Rekahan semalam sepanjang 50 meter (m) dengan lebar mencapai 1.2m dan kedalaman 1.5m, tiga buah rumah paling terkesan dengan rekahan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, enam rumah dalam satu deretan di penempatan yang dibina pada 2008 perlu dikosongkan susulan rekahan tanah yang berlaku kira-kira pukul 3 petang.
Menjelas lanjut, Ahmad Zukni berkata lokasi rekahan ke tebing sungai hanya 10m dan ketinggian tebing lebih kurang 60m serta hujan lebat membolehkan hakisan tanah terjadi.
"Ini seterusnya menghasilkan rekahan tanah selari dengan jajaran aliran sungai," katanya sambil menambah tapak rekahan adalah tanah yang ditambak dan bukannya tanah asal.
Kampung Pawong yang terletak 14 kilometer dari Simpang Pulai mempunyai 15 buah rumah dan sebuah surau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018
Keadaan di Kampung Pawong akibat berlakunya pergerakan tanah pada Selasa. Foto Facebook TopViral.my
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Kampung Pawong di Pos Slim tidak selamat
Kedudukan kawasan itu yang dekat dengan tebing sungai selain faktor cuaca menyebabkan kampung tersebut tidak selamat.