awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Sungai Baru: Pemimpin parti politik ditahan berhubung kekecohan - Polis

Bernama
Bernama
15/09/2025
07:02 MYT
Kampung Sungai Baru: Pemimpin parti politik ditahan berhubung kekecohan - Polis
Sulizmie Affendy berkata penahanan lelaki berkenaan adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin sebuah parti politik dari Selangor ditahan awal pagi tadi berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini, Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • Pemimpin sebuah parti politik dari Selangor ditahan bagi membantu siasatan insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 rumah di Kampung Sungai Baru, Khamis lalu.
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan, selepas insiden yang turut mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
  • Tujuh suspek lain berusia 15 hingga 50 tahun ditahan sebelum ini, dipercayai ahli sebuah pertubuhan, bukan penduduk kampung; siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penahanan lelaki berkenaan adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.
"Ya, saya sahkan penahanan seorang individu bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, tujuh suspek lelaki berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun telah ditahan berhubung insiden itu dan siasatan mendapati mereka bukanlah penduduk kampung berkenaan.
Siasatan juga mendapati mereka adalah ketua dan ahli sebuah pertubuhan namun belum dapat didedahkan jika mereka mempunyai agenda atau kepentingan lain berhubung insiden itu.
Insiden itu turut menyebabkan Sulizmie Affendy mengalami kecederaan di kepala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Sungai Baru
#pemimpin politik ditahan
#kekecohan
#Polis Kuala Lumpur
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan