MALAYSIA
Kampung Temerlok terima manfaat menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Tahun 2025 di Dewan Perdana Mukim Trong hari ini. - Foto Bernama
TAIPING: Kampung Temerlok, Trong di sini menerima nafas baharu melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM), menerusi empat projek pembangunan dan naik taraf.
Ringkasan AI
- Kampung Temerlok menerima peruntukan RM1 juta melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI untuk menaik taraf jeti nelayan, sekolah agama, pusat pemindahan banjir dan masjid.
- Projek ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat luar bandar dan memastikan tiada komuniti dipinggirkan daripada pembangunan.
- Program Kampung Angkat MADANI bertujuan merapatkan jurang desa-bandar dengan menyediakan kemudahan asas seperti air, elektrik, jalan, Internet dan infrastruktur masyarakat.
"Projek keempat ialah pembaikan Masjid Al-Mahmudiah bernilai hampir RM150,000, meliputi kerja mengecat, membaiki bumbung, pemasangan jubin serta pagar kubur," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata semua projek tersebut adalah bukti jelas bahawa denyut nadi rakyat luar bandar sentiasa dekat di hati kepimpinan negara.
Beliau berkata ia juga menzahirkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat pada peringkat akar umbi.
"Pendekatan ini bukan sekadar janji, tetapi tindakan yang nyata dan memberi impak terus kepada kehidupan rakyat.
"Seperti yang sering ditegaskan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tiada komuniti akan dipinggirkan daripada arus pembangunan," katanya.
Program Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 ialah satu inisiatif bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan melengkapkan kemudahan asas air, elektrik, jalan, lampu jalan, kemudahan masyarakat dan capaian Internet.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami