PASIR MAS: Penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang, dekat sini, melahirkan rasa bimbang berikutan kampung mereka kembali digenangi air sejak semalam, akibat pertembungan air Sungai Lanchang dengan Sungai Golok.
Buruh binaan Mohd Shahrul Fahmi Rosli, 26, berkata hujan lebat pada Jumaat lalu menyebabkan paras air kedua-dua sungai naik.
Beliau berkata keadaan bertambah buruk, apabila aliran air dari Sungai Lachang tidak dapat mengalir dengan baik ke Sungai Golok, akibat pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN).
"Air naik separas pinggang orang dewasa di kawasan halaman rumah sejak pagi semalam. Ini banjir keempat yang terpaksa kami hadapi sejak Februari, November dan Disember tahun lalu," katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati, penduduk sudah meletakkan kenderaan mereka di sepanjang jalan raya di kampung tersebut, bagi mengelakkan rosak akibat banjir termenung.
Mohd Shahrul berkata penduduk bingung memikirkan nasib mereka berikutan kesan banjir yang dialami pada Disember lalu, masih belum pulih dan kini berlaku pula banjir termenung.
"Tanah masih belum kering kesan banjir lalu, kini kami sekali lagi terpaksa 'bermain' air banjir, ia sangat meletihkan kami semua.
"Kebiasaannya banjir termenung ini akan berlaku dalam tempoh seminggu sebelum kembali surut," katanya.
Bagi Khairul Annuar Mohammad, 39, dia sekeluarga masih belum hilang penat membersihkan rumah akibat banjir yang berlaku Disember lalu.
"Tidak sampai sebulan banjir lagi kampung kami. Kesan banjir sebelum ini pun belum dapat dibersihkan sepenuhnya," katanya.
Penoreh getah Abdullah Che Kub, 71, berharap pihak bertanggungjawab segera mencari jalan penyelesaian, bagi menangani masalah banjir yang dihadapi mereka.
"Mana tidak penat dalam setahun kami terpaksa menghadapi tiga hingga empat kali banjir. Sudah puluhan ribu kerugian yang kami terpaksa tanggung.
"Harap perkara ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak berwajib, kesian dengan penduduk di kampung ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
Keadaan bertambah buruk apabila aliran air dari Sungai Lachang tidak dapat mengalir dengan baik ke Sungai Golok. - Bernama
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.