Kampung tradisi KL hadapi cabaran pemilikan tanah, tekanan pembangunan - Zaliha

Dr Zaliha bercakap pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kampung tradisi di Kuala Lumpur yang tergolong dalam kategori Perkampungan Tradisi 1 dan Perkampungan Tradisi 2 di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) berdepan beberapa cabaran termasuk isu pemilikan tanah, kekurangan kemudahan asas, kepadatan penduduk serta tekanan pembangunan.
Ringkasan AI
- Kampung tradisi di Kuala Lumpur menghadapi cabaran pemilikan tanah, kekurangan kemudahan asas, kepadatan penduduk, dan tekanan pembangunan di bawah PSKL2040.
- Menteri Zaliha Mustafa menekankan strategi perancangan bagi zon guna tanah TV1 dan TV2 untuk mengekalkan elemen perkampungan tradisi dengan had ketinggian tiga tingkat serta kawalan Nisbah Plot 1:2.0.
- Kerajaan memastikan identiti dan kesinambungan kampung tradisi di Kuala Lumpur terpelihara dalam arus pembangunan bandar raya, sambil menangani isu infrastruktur asas dan kutipan sisa pepejal di kawasan seperti Kampung Padang Balang.
"Sementara itu, zon guna tanah TV2 dengan kawalan Nisbah Plot 1:2.0 berperanan sebagai zon penampan antara kawasan TV1 dan zon pembangunan sekeliling. Reka bentuk dan fizikal bangunannya perlu diharmonikan agar selari dengan karakter persekitaran kampung tradisi di sekitarnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menegaskan bahawa pendekatan strategik kerajaan adalah untuk memastikan identiti dan kesinambungan kampung-kampung tradisi ini dapat dikekalkan dalam arus pembangunan bandar raya.
Mengulas lanjut, beberapa isu berbangkit di Kampung Padang Balang yang terletak dalam kawasan Tanah Rizab Melayu terus menjadi perhatian Kerajaan, khususnya berkaitan penyelenggaraan infrastruktur asas dan kutipan sisa pepejal.
"Dari segi infrastruktur dan utiliti pula, kemudahan asas seperti sistem elektrik, air dan lampu jalan yang dibina secara berperingkat tanpa pelan induk sejak dahulu mengehadkan keupayaan untuk naik taraf.
"Dalam masa yang sama, kebanjiran pendatang asing yang menyewa rumah-rumah lama di kampung ini turut menimbulkan isu sosial dan kebersihan," katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


