awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampus UUM Sintok antara lima lokaliti dikenakan PKPD bermula 13 Jun

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2021
11:24 MYT
Kampus UUM Sintok antara lima lokaliti dikenakan PKPD bermula 13 Jun
PKPD di Kampus UUM, Sintok, Kedah, Kampung Kadazan, Tawau, Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai di Kota Kinabalu serta di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah itu dilaksanakan bermula 13 sehingga 26 Jun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memaklumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di dua buah negeri.
Ismail Sabri menjelaskan, PKPD di Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Kampung Kadazan, Tawau, Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai di Kota Kinabalu serta di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah itu dilaksanakan bermula 13 sehingga 26 Jun.
Bagi PKPD di Kampus UUM di Sintok, Ismail Sabri menjelaskan PKPD dilaksanakan setelah dalam tempoh seminggu, KKM mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 18 kes positif dilaporkan hasil saringan ke atas 208 penghuni universiti tersebut.
"KKM juga mendapati, berlaku penularan kes dalam kalangan pelajar dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan keluar masuk bagi memastikan tiada penyebaran jangkitan keluar ke kampus serta memudahkan KKM membuat pemantauan ke atas pelajar sedang menjalani kuarantin," katanya.
Bagi Kampung Kadazan di Tawau, beliau menjelaskan berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak 14 kes positif COVID-19 telah dilaporkan hasil daripada 45 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 31.11%.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kadazan, Tawau, Sabah berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut," jelas beliau.
Ismail Sabri turut memaklumkan PKPD di di Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai, KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara apabila sebanyak 15 kes telah dikesan hasil daripada 20 ujian saringan dijalankan dia dua perkampungan itu.
Manakala bagi PKPD di Taman Villa Felca Nambazan di Penampang, Ismail Sabri memberitahu KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut apabila sebanyak 8 kes positif telah direkodkan dalam tempoh satu minggu.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Sabah
#UUM
#Kedah
#Sintok
#perintah kawalan pergerakan
#Malaysia
#PKP
#KKM
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan