PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Telaga Papan, Semerak di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 2.23 petang itu, mangsa bersama dua rakannya dikatakan bermain di kawasan takungan air yang merupakan permukaan tanah yang digali untuk dijadikan padang bola.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, saksi yang merupakan rakan mangsa memberitahu pada awalnya kanak-kanak lekaki berkenaan hanya turun di kawasan yang cetek.
"Mangsa dipercayai tergelincir ke kawasan yang agak dalam dianggarkan lebih kurang dua meter.
"Kanak-kanak tersebut dikatakan tidak pandai berenang dan gagal untuk ke tebing," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, rakan-rakan mangsa telah meminta pertolongan daripada penduduk di kampung berdekatan dan kanak-kanak berkenaan berjaya dinaikkan ke tebing.
Bagaimanapun mangsa didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Zaizul Rizal memberitahu, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa berpunca daripada lemas.
"Kami menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak supaya tidak menghampiri kawasan yang boleh mendatangkan bahaya terutama pada musim cuti persekolahan yang akan datang," katanya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 11 2023

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Telaga Papan, Semerak pada Sabtu. - Sinar Harian

Bunuh warga emas, dua lelaki tempatan ditahan polis
Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, semalam.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Maxis ulangi komitmen untuk tandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB
Maxis Bhd (Maxis) mengulangi komitmennya untuk menandatangani perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Anak bekas menteri akan fail representasi berhubung tuduhan libatkan minyak masak
Mahkamah menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Setiausaha syarikat ditahan bantu siasatan kes penipuan RM207,832
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

SPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan terima rasuah lebih RM500,000
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi.

Ribut siklon Biparjoy dijangka terus mengganas - IMD
Siklon itu akan bergerak hampir ke utara dalam tempoh 24 jam seterusnya dan kemudian ke utara-barat laut dalam tempoh tiga hari berikutnya.

Polis tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
Seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan.

Teknologi awan, pusat data main peranan besar dalam Digital Malaysia - Fahmi
Teknologi awan dan pusat data adalah perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK pada 2025.

Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Perseorangan badminton lelaki negara Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Ireland.

Kanak-kanak 10 tahun ditemukan lemas dalam kolam terbiar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Telaga Papan, Semerak pada Sabtu.