awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 2 tahun kes indeks kluster baharu di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
21/09/2021
15:44 MYT
Kanak-kanak 2 tahun kes indeks kluster baharu di Sabah
Daripada 177 kontak rapat yang disaring, 134 daripadanya telah dikesan positif COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menjadi kes indeks kepada kluster terbaru yang dikesan di Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kanak-kanak lelaki itu dikesan positif hasil daripada saringan pra-kemasukan wad pada 7 September lalu.
Menurutnya, kluster yang dikenali sebagai Kluster Lungkidau di daerah Ranau ini merupakan penularan jangkitan dalam komuniti.
"Bapa kes indeks juga turut didapati positif COVID-19 hasil saringan pengiring kemasukan wad pada hari yang sama.
"Siasatan awal mendapati bapa kepada kes indeks mempunyai rekod menghadiri mesyuarat dan gotong-royong membersihkan lot tanah penanaman sawit di Mukim Paginatan," katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan perkumpulan orang, selain mesyuarat dan gotong royong pembahagian lot tanah, iaitu gotong-royong pembaikan jambatan di Kampung Lungkidau dan merantis jalan laluan utama kereta untuk masuk ke kawasan perkuburan tersebut.
Daripada 177 kontak rapat yang disaring, 134 daripadanya telah dikesan positif COVID-19.
Masidi yang jurucakap berkaitan COVID-19 negeri ini berkata, sebanyak 1,291 kes positif COVID-19 dan 14 kes kematian telah dilaporkan hari ini.
Sebanyak empat kes direkodkan di daerah Kota Kinabalu, tiga kes di Tawau manakala Kunak, Kota Marudu, Penampang, Keningau, Kudat, Tuaran dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes.
Topic Berkaitan
#Kluster baharu
#Kanak-kanak
#Kluster Lungkidau
#Ranau
#penularan komuniti
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan