awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera, polis tahan rakan bapa, pembantu rumah

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
03/10/2022
14:07 MYT
Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera, polis tahan rakan bapa, pembantu rumah
Kamarul Zaman (empat dari kiri) meninjau lokasi kejadian di Taman Skudai, malam ini. - Gambar/ Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera ketika di bawah jagaan pengasuh di sebuah kediaman di Taman Skudai, di sini, Ahad malam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan itu polis hari ini menahan lelaki tempatan berusia 28 tahun yang juga rakan bapa mangsa, serta pembantu rumahnya, wanita warga asing berusia 40 tahun.
Katanya, kedua-dua mereka dipercayai menjadi pengasuh kanak-kanak terbabit.
Beliau berkata, polis menerima aduan mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 11 malam Ahad.
"Aduan itu dibuat bapa mangsa, sejurus dia dimaklumkan mengenai perkara terbabit daripada suspek lelaki sendiri.
"(Berdasar siasatan awal) mangsa yang sepatutnya dijaga oleh pengasuh telah diabaikan dan (suspek) telah menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematiannya.
"Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika hadir ke lokasi kejadian, malam ini.
Tambah kamarul, pemeriksaan awal menemui kesan lebam dan luka pada badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.
Menurut beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Topic Berkaitan
#kes dera
#kanak-kanak maut
#Taman Skudai
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan