awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dan remaja lelaki Rohingya lemas di Sungai Tebrau

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
23/07/2022
09:59 MYT
Kanak-kanak dan remaja lelaki Rohingya lemas di Sungai Tebrau
Mangsa pertama telah dijumpai oleh pihak Bomba semasa membuat pencarian di permukaan air pada jam 9.50 pagi, sejauh 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas.- Foto JBPM
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak dan seorang remaja Rohingya ditemukan lemas ketika sedang mandi di Sungai Tebrau berdekatan Kampung Bakar Batu di sini, pada Jumaat.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd Riduan Akhyar berkata, mangsa yang lemas dikenali sebagai Mahmod, 11, dan Nojumullah Bibir Ahmad, 14 tahun.
Katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 5.24 pagi tadi.
"Difahamkan, dua mangsa bersama lapan lagi rakannya melakukan aktiviti mandi di sungai. Rakan mangsa panik kerana kejadian itu dan berdiam diri.
"Sehingga bapa kepada dua mangsa ini mencari rakan-rakan anaknya kerana mangsa belum pulang ke rumah. Selepas didesak baru rakan-rakan mangsa beritahu bahawa dua rakannya telah lemas semasa mandi.
"Pihak kami membuat pencarian mayat mangsa berdasarkan kepada lokasi akhir mangsa mandi, selepas diberitahu rakan mangsa," katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Menurut Mohd Riduan, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat dua orang mangsa telah lemas ketika sedang mandi di sungai itu pada jam lebih kurang 2.00 petang, semalam.
"Mangsa pertama telah dijumpai oleh pihak Bomba semasa membuat pencarian di permukaan air pada jam 9.50 pagi, sejauh 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas.
"Manakala mangsa kedua telah dijumpai oleh pihak Bomba semasa membuat penyelaman dalam radius 100 meter pada jam 10.35 pagi, sejauh 50 meter dari lokasi terakhir.
"Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Topic Berkaitan
#lemas
#warga Rohingya
#Sungai Tebrau
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan