Selepas hilang lebih 24 jam, seorang kanak-kanak yang dipercayai dilarikan berhampiran Bangunan Mara di Plaza Astana dekat sini semalam dikembalikan kepada keluarganya petang tadi.
Nenek kepada Haiqal Hakimi Suhini, 7, Ubai Mohammad, 56, berkata cucunya dikembalikan ke rumahnya di Kampung Tupong Ulu Baru oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal.
"Dalam pukul 2 atau tiga petang tadi, masa mak cik sedang melipat baju, lelaki itu datang menghantar cucu mak cik. Mak cik rasa sangat gembira.
"Lelaki tu cakap dia jumpa cucu mak cik di tepi jalan dan bawa dia pulang ke rumahnya. Mak cik amat bersyukur cucu mak cik selamat. Terima kasih juga kepada semua yang tolong mencari termasuk polis dan orang ramai," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata cucunya memaklumkan semasa berada di rumah lelaki tersebut, dia dijaga dengan baik dan turut diberi main permainan video.
"Masa serahkan cucu mak cik tadi, lelaki itu ada bagi beberapa helai pakaian dan satu patung harimau," kata Ubai.
Sementara itu bapa kanak-kanak itu, Suhini Abdullah, 36, yang tiada di rumah semasa lelaki tersebut menghantar anaknya merasa bersyukur.
Beberapa anggota polis turut berada di rumah keluarga itu sebelum membawa Haiqal Hakimi bersama bapa dan ibunya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.
Seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu lelaki berkenaan berada kira-kira 10 minit sebelum beredar dari situ.
"Saya dan beberapa jiran kemudiannya memeriksa jika ada sebarang kecederaan pada fizikal Haiqal Hakimi tetapi semuanya okey," katanya.
Kanak-kanak tersebut dilapor dilarikan ketika bermain di hadapan rumah neneknya di Jalan Astana oleh seorang wanita yang kemudiannya dilihat menyerahkan pula kanak-kanak itu kepada lelaki tersebut.
Bernama
Tue Mar 29 2016

Haiqal Hakimi Suhini dikembalikan ke rumahnya di Kampung Tupong Ulu Baru oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal. -Gambar hiasan
Anak perempuan Tommy Thomas cabar PM Australia
Anak perempuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah akan bertanding menentang Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan negara itu, pada 3 Mei ini.
Tarif AS: Tiada negara boleh tetapkan tarif perdagangan ikut kehendak mereka- Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat (AS) boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
Kerana wanita, dua kumpulan lelaki merusuh di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatakn dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bangsar, Jumaat lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kanak-kanak diculik dikembalikan kepada keluarga bersama patung harimau
Haiqal Hakimi Suhini dikembalikan ke rumahnya di Kampung Tupong Ulu Baru oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal.