awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak diculik nyaris dijual kepada sindiket pelacuran - Ketua Polis Selangor

Bernama
Bernama
17/10/2024
12:06 MYT
Kanak-kanak diculik nyaris dijual kepada sindiket pelacuran - Ketua Polis Selangor
Hussein berkata polis akan meminta lanjutan reman bagi semua enam suspek berumur 13 hingga 23 tahun yang tempoh tahanan mereka berakhir esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini Selasa lepas dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau berkata kanak-kanak itu pada mulanya diajak menaiki sebuah kereta oleh empat suspek, dengan seorang daripada mereka merupakan wanita yang memang dikenalinya.
Hussein berkata kanak-kanak itu kemudiannya 'ditahan' di sebuah pangsapuri yang disewa di Setia Alam, di sini selama empat hari dan sepanjang tempoh itu dia dipercayai dicabul oleh dua suspek berumur 13 dan 23 tahun.
"Suspek utama berusia 23 tahun itu juga telah berurusan dengan sindiket pelacuran di Chow Kit, Kuala Lumpur bagi urusan menjual kanak-kanak tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis Pelupusan Barang Kes Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Ketua Polis Selangor itu berkata tindakan pantas polis menguar-uarkan berita kehilangan kanak-kanak itu menyebabkan sindiket enggan meneruskan proses jual-beli yang dirancang, dan suspek kemudiannya bertindak menempah kenderaan e-hailing dan meminta kanak-kanak itu pulang ke rumah pada 12 Okt.
"Siasatan mendapati kanak-kanak itu juga dikhayalkan oleh suspek menggunakan rokok elektronik (vape) selain dipercayai turut didera, namun dia diberikan makanan sepanjang tempoh ditahan," katanya.
Sabtu lepas polis menahan empat lelaki dan dua wanita di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran yang disyaki terlibat dalam kes itu, selain merampas kereta yang digunakan suspek.
Hussein berkata polis akan meminta lanjutan reman bagi semua enam suspek berumur 13 hingga 23 tahun yang tempoh tahanan mereka berakhir esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.
Beliau berkata polis juga sedang memburu dua lagi individu berkaitan sindiket pelacuran bagi membantu siasatan kes tersebut yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik orang daripada penjagaan sah.
Beberapa media sebelum ini melaporkan kehilangan kanak-kanak itu pada malam 8 Okt, dan Ahad lepas Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong mengesahkan kanak-kanak yang dipercayai diculik itu ditemukan selamat kira-kira 2.30 petang pada 12 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket pelacuran
#vape
#penjagaan sah
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan