IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Lorong Jaya, Taman Kinta Baru, Gopeng dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata mangsa, Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid seorang kanak-kanak autisme dengan masalah hiperaktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap, disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 6.30 petang.
"Polis telah menemubual ibu mangsa, Nur Shamimi Abdul Malek yang menyatakan telah menyedari anak lelakinya itu tiada di ruang tamu rumah dan terus mencari di taman hadapan rumah pada jarak kira-kira 50 meter daripada rumah.
"Namun, setelah hampir 10 minit mencari tetapi tidak berjumpa. Kemudian ibu mangsa balik ke rumah dan meminta bantuan daripada jirannya untuk mencari di sekitar taman perumahan itu lebih kurang 10 minit, tetapi masih tidak berjumpa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan pihaknya mendapati pintu depan rumah dan pintu pagar terbuka serta tidak berkunci semasa kejadian.
BACA: Kanak-kanak lelaki enam tahun hilang dari kawasan perumahan di Gopeng
Hasron Nazri berkata pakaian terakhir mangsa sebelum hilang adalah berbaju T-shirt BoBoiBoy berwarna hijau dan memakai lampin pakai buang.
Beliau berkata Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak tiba di tempat kejadian pada pukul 12.10 tengah malam tadi, selepas pihaknya menerima laporan pada pukul 10.07 malam.
"Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Hasil siasatan polis Kampar mendapati, pintu depan rumah dan pintu pagar terbuka serta tidak berkunci semasa kejadian.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Polis mohon bantuan kesan Dhiya Azzahra
Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak keluar dari sebuah rumah di Seksyen U3, di sini pada Sabtu.
Anak Mat Redho dilapor hilang ditemui selamat
Polis mengesahkan anak atlet sukan ekstrem Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho yang dilaporkan hilang di perhentian bas di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail di sini, ditemukan selamat, petang ini.
4 pelajar tahfiz di Datuk Keramat hilang sejak Selasa
Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini hilang selepas keluar dari pusat itu, Selasa lalu.
Kanak-kanak hilang Jumaat lepas ditemukan selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas ditemukan selamat semalam.
Polis mohon bantuan kesan Mohammed Ahil
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang malam tadi.
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Budak hilang selepas balik sekolah, ditemui di pusat beli-belah
Seorang kanak-kanak lelaki yang disangkakan hilang selepas didapati tidak menaiki bas sekolah untuk pulang ke rumah ditemui anggota polis di sebuah pusat beli-belah di Tebrau.
Kanak-kanak mangsa culik, Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali - Polis
Kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat di Batang Kali dalam keadaan selamat.
Kes culik: 3 suspek tiba di mahkamah untuk reman
Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.