awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT guna pendekatan guna semula adaptif tangani premis kedai terbiar
Hukuman denda RM7,000 terhadap bekas pemandu e-panggilan ugut anak Pastor Koh kekal
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RPN: Perubahan perundangan perlu sebelum pelaksanaan sistem pendidikan prauniversiti - Zambry

Bernama
Bernama
20/01/2026
10:13 MYT
RPN: Perubahan perundangan perlu sebelum pelaksanaan sistem pendidikan prauniversiti - Zambry
Perubahan perundangan perlu diselesaikan sebelum mulakan sistem pendidikan Tingkatan 6 dan Matrikulasi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Beberapa perubahan dari segi perundangan perlu diselesaikan sebelum sistem pendidikan prauniversiti yang melibatkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi dimulakan pada tahun depan, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Ringkasan AI
  • Perubahan perundangan diperlukan sebelum sistem pendidikan prauniversiti Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi akan ambil alih sistem pendidikan prauniversiti, tetapi penyesuaian undang-undang perlu dilakukan terlebih dahulu.
  • Sistem pendidikan tinggi negara akan lebih fleksibel dengan pelajar boleh mengambil kursus dari universiti berbeza dan pelan pendidikan baharu merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini hari ini, beliau berkata sebelum ini, pengurusan Tingkatan 6 dan Matrikulasi dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan kini ia memerlukan penyesuaian undang-undang sedia ada.
"Kalau sebelum ini, (bagi) Tingkatan Enam dan juga Matrikulasi sistem penilaian itu dilakukan pada peringkat KPM.
"Untuk melaksanakan itu, maka langkah awal bagi memastikan Tingkatan Enam dan juga Matrikulasi, dilaksanakan pada peringkat pendidikan tinggi, maka kita perlu menyelesaikan dulu dari segi beberapa perubahan undang-undang atau dalam akta yang sedia ada itu nanti," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan RPN 2026-2035 berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan.
Sebelum ini pada Februari 2025, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dilaporkan berkata Kolej Matrikulasi dan Kolej Tingkatan Enam kekal di bawah KPM dan tiada sebarang keputusan yang dimuktamadkan kerajaan berhubung pengambilalihan dua institusi pengajian itu oleh KPT.
Zambry berkata seiring dengan RPN 2026-2035, sistem pendidikan tinggi negara akan dengan merangkumi pendekatan yang lebih luwes, iaitu lebih fleksibel dan adaptif.
"Ia tidak lagi terhad kepada bangunan fizikal dan kurikulum khusus. Sebelum ini, pelajar terikat dengan struktur tertentu untuk menamatkan pengajian. Namun kini, pelajar boleh memilih laluan yang lebih terbuka melalui apa yang dipanggil 'empat kuadran'.
"Pelajar juga boleh memanfaatkan sistem jukebox, mereka boleh mengambil kursus dari universiti berbeza berdasarkan persefahaman antara institusi.
"Sebagai contoh, Universiti Malaya (UM) akan mempunyai kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
"Pelajar boleh mengikuti beberapa kursus di UM, sebahagian di UKM dan sebahagian lagi di UTM," katanya.
Sementara itu, Zambry berkata KPT akan mengadakan satu permukiman khas bagi memastikan setiap agenda di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 dapat dilaksana sebaik mungkin.
"Untuk itu, kita akan segera mengadakan permukiman khas dan dengan mendapat panduan juga daripada beberapa pakar, yang dapat memandu bagi memastikan kaedah yang terbaik untuk kita melaksanakan pelbagai agenda yang ditetapkan dalam pendidikan tinggi ini," katanya.
RPN 2026-2035 ialah langkah reformasi pendidikan bagi membina masa hadapan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.
Pelan pendidikan baharu itu melibatkan dua kementerian iaitu KPM dan KPT serta rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara, daripada peringkat sekolah sehingga pendidikan tinggi.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah perubahan perundangan yang perlu diselesaikan sebelum sistem pendidikan Tingkatan 6 dan Matrikulasi dimulakan pada tahun depan? A: Perubahan perundangan perlu diselesaikan bagi memastikan pengurusan Tingkatan 6 dan Matrikulasi dilakukan pada peringkat pendidikan tinggi.
  • Q: Siapakah yang akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi? A: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan.
  • Q: Apa yang dimaksudkan dengan pendekatan lebih fleksibel dan adaptif dalam sistem pendidikan tinggi negara? A: Pendekatan tersebut membolehkan pelajar memilih laluan pendidikan yang lebih terbuka melalui konsep 'empat kuadran' serta mengambil kursus dari universiti berbeza melalui sistem jukebox.
  • Q: Bagaimanakah pelajar dapat memanfaatkan kerjasama antara Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)? A: Pelajar boleh mengikuti beberapa kursus di UM, sebahagian di UKM dan sebahagian lagi di UTM melalui kerjasama antara universiti tersebut.
  • Q: Apa tujuan utama Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 dalam konteks pendidikan tinggi Malaysia? A: RPN 2026-2035 bertujuan sebagai langkah reformasi pendidikan untuk membina masa hadapan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing, dan berteraskan nilai dalam ekosistem pendidikan negara.

Topic Berkaitan
#Zambry Abd Kadir
#Rancangan Pendidikan Negara
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Perubahan perundangan
#Tingkatan 6 dan Matrikulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan