awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
"Jermanpine" permata berharga Kampung Parit Jerman, ikon pelancongan baharu Pontian
Seni Silat Cekak berkembang ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak ditemukan terapung di lombong selepas hilang sejak semalam

Bernama
Bernama
07/09/2021
03:58 MYT
Kanak-kanak ditemukan terapung di lombong selepas hilang sejak semalam
Muhammad Fayyadh Ukasyah, kanak-kanak autisme dengan masalah hiperaktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap, disedari hilang oleh ibunya petang semalam. - Foto BERNAMA/Ihsan PDRM
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun dipercayai hilang petang semalam selepas keluar dari rumahnya di Lorong Jaya, Taman Kinta Baru, Gopeng dekat sini ditemukan terapung di tepi sebuah lombong, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata mayat Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid ditemukan pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng dalam jarak kira-kira 80 meter dari rumah keluarga mangsa pada pukul 9.45 pagi.
"Mayat mangsa dibawa naik oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan pemeriksaan awal pada fizikal mangsa telah dibuat dan didapati tiada elemen jenayah.
"Pengecaman mayat telah dibuat oleh keluarga mangsa. Mayat dihantar ke Hospital Kampar bagi tujuan bedah siasat dan siasatan diteruskan sebagai laporan mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Kanak-kanak dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Gopeng
Sebelum ini, Hasron Nazri berkata seorang kanak-kanak autisme dengan masalah hiperaktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap, disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Beliau berkata pakaian terakhir mangsa sebelum hilang adalah berbaju T-shirt BoBoiBoy berwarna hijau dan memakai lampin pakai buang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong
#Gopeng
#kanak-kanak autisme hilang
#Hasron Nazri Hashim
#mayat ditemui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan