awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seni Silat Cekak berkembang ke Australia

Bernama
Bernama
27/12/2025
13:15 MYT
Seni Silat Cekak berkembang ke Australia
Dua pesilat menunjukkan ketangkasan masing-masing semasa membuat persembahan pada Demonstrasi Perdana Silat Melayu Warisan Kedah dan Pantomim Silat Cekak sempena Sambutan Jubli Intan 60 tahun Silat Cekak di Medan Bandar. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Kejayaan Persatuan Silat Cekak Malaysia (PSSCM) membuka kelas seni Silat Cekak di Sydney, Australia, membuktikan warisan seni bela diri Melayu itu boleh diajar kepada semua golongan tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Maideen Kadir Shah berkata usaha itu juga antara misi persatuan dalam mengembangkan seni silat ke peringkat antarabangsa sekali gus memartabatkan budaya dan warisan Melayu itu agar tidak hilang ditelan zaman.
"Sesiapa pun boleh belajar Silat Cekak dan kita dah pun ada kelas Silat Cekak di Sydney, Australia, cuma silibusnya sedikit berbeza sebab dalam silat ada hal berkaitan agama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Demonstrasi Perdana Silat Melayu Warisan Kedah dan Pantomim Silat Cekak sempena Sambutan Jubli Intan Silat Cekak di sini hari ini, yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Mohd Salleh Saidin.
Kira-kira 3,000 ahli persatuan Silat Cekak seluruh negara hadir pada program yang turut menampilkan pelbagai persembahan silat serta perjalanan ilmu persilatan Silat Cekak sejak 60 tahun ia ditubuhkan.
Dalam pada itu, Maideen berkata penganjuran sambutan itu juga menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan seni warisan Melayu kepada generasi muda serta pelancong dari seluruh negara.
"Di peringkat tempatan, kita perkenalkan Program Tunas Cekak sejak 2022 yang setakat ini telah melahirkan hampir 1,000 pelajar seawal usia tujuh tahun dan telah dilaksanakan di 34 sekolah seluruh negara selain kelas latihan dibuka di cawangan negeri.
"Silibus kami disesuaikan supaya anak-anak boleh belajar tanpa perlu menunggu umur 16 tahun. Disiplin, akhlak baik dan nilai kasih sayang yang diajar di kelas silat dibawa balik ke rumah dan sekolah...sekali gus dapat membentuk jati diri anak-anak," katanya.
Sementara itu, Salleh berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh usaha Persatuan Silat Cekak dalam memartabatkan seni warisan itu melalui nilai disiplin, akhlak dan budaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Silat Cekak Malaysia
#Silat Cekak di Sydney
#Australia
#seni bela diri Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan