awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelesaian saman TikTok isyarat elak pendedahan maklumat - Pakar privasi data
Infrastruktur digital penentu daya saing 2026
PM Kanada nafi tarik balik kenyataan di Davos selepas berbual dengan Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban

Bernama
Bernama
27/01/2026
15:21 MYT
Kanak-kanak dua tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, petang tadi. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, di sini petang tadi.

Ringkasan AI
  • Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam kereta di Jalan Tunku Hassan, Seremban.
  • Ibu mangsa berusia 35 tahun dilaporkan terlupa menghantar anaknya ke tempat pengasuh, hanya sedar kira-kira 5 petang selepas bekerja.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban; ibu anak ditahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira 6.15 petang memaklumkan kematian kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas dipercayai ditinggalkan oleh ibunya berusia 35 tahun pada 8 pagi yang bekerja di sebuah bank berhampiran.
"Ibu mangsa dikatakan terlupa menghantar anaknya ke tempat pengasuh dan kejadian hanya disedari kira-kira 5 petang selepas ibu mangsa selesai bekerja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azahar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban sebelum dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu kepada mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#tertinggal dalam kereta
#Jalan Tunku Hassan
#Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan