Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas digilis tayar kereta ibunya yang mengundur di Kampung Paya, Teluk Kumbar di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan Hospital Balik Pulau (HBP) selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa berada dalam kereta berkenaan bersama kakaknya berusia enam tahun dengan enjin kenderaan itu tidak dimatikan.
"Ketika itu, ibu mereka tiada dalam kereta dan dipercayai masuk ke dalam rumah mereka untuk mengambil barang, dan mangsa menolak gear pada kedudukan mengundur membuatkan kereta terbabit bergerak.
"Kanak-kanak itu yang panik membuka pintu dan terjun keluar daripada kereta sebelum dia digilis tayar kenderaan berkenaan," katanya, di sini, hari ini.
Lai berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah terus dibawa ke HBP oleh ibunya sebelum disahkan meninggal dunia.
"Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan polis belum dapat mengambil keterangan daripada ibu mangsa kerana wanita itu masih dalam keadaan trauma," katanya.
Sementara itu, Lai berkata seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori Pos Laju di Jalan Bayan Lepas-Teluk Kumbar, di sini malam tadi.
Katanya dalam kemalangan kira-kira 8 malam itu, Daud Maidin D. Abdul Gaffor, 58, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke HBP.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Bayan Lepas menghala Teluk Kumbar dan ketika melalui satu selekoh, penunggang berkenaan cuba memotong deretan kenderaan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan," katanya.
Bernama
Wed Jun 22 2016
Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan HBP selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. -Foto cytusm.blogspot.my
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
Kanak-kanak empat tahun maut digilis kereta ibu
Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan Hospital Balik Pulau (HBP) selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.