awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis 2: Empat angkasawan bakal sertai misi NASA ke bulan seawal Februari
Shamsul Iskandar kemuka permohonan pindah pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di gereja Salt Lake City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak enam tahun maut di Pantai Kundor

Bernama
Bernama
04/11/2022
12:56 MYT
Kanak-kanak enam tahun maut di Pantai Kundor
Mayat kanak-kanak itu ditemukan pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka tidak jauh dari lokasi kejadian. Foto JBPM
MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas pada 6.25 petang tadi selepas dilaporkan hilang ketika sedang mandi-manda di Pantai Kundor di sini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata dalam kejadian pada kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Mohd Asyraf Fakhrul dilaporkan hilang ketika sedang mandi di pantai tersebut bersama tiga rakannya.
"Mayat kanak-kanak itu ditemukan pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk JBPM, polis, komuniti nelayan dan pengusaha jet ski dalam usaha pencarian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pengunjung di pantai peranginan juga dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang aktiviti di pantai ketika cuaca buruk bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Sementara itu, jurucakap JBPM Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.43 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu digerakkan ke lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dijumpai unit Pasukan Penyelamat di Air pada jarak kira-kira 30 meter dari pantai, sebelum dibawa naik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Kanak-kanak
#meninggal dunia
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan