awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sembilan warga asing direman kes penipuan kerja sambilan dalam talian
Piala Super Perancis: PSG bangkit punahkan harapan Marseille
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artemis 2: Empat angkasawan bakal sertai misi NASA ke bulan seawal Februari

Amanz
Amanz
08/01/2026
05:00 MYT
Artemis 2: Empat angkasawan bakal sertai misi NASA ke bulan seawal Februari
Misi Artemis 2 akan menjadi perjalanan paling jauh manusia dari Bumi. -Foto Amanz
NASA dijangka melancarkan misi Artemis 2 seawal 6 Februari ini, menghantar empat angkasawan mengelilingi bulan.

Ringkasan AI
  • NASA dijangka melancarkan misi Artemis 2 seawal 6 Februari ini dengan empat angkasawan untuk mengelilingi bulan, menandakan kembalinya manusia ke orbit bulan sejak 1972.
  • Pelancaran Artemis 2 telah ditangguhkan beberapa kali akibat isu teknikal pada roket Space Launch System (SLS) dan kapsul Orion, dari 2023 ke 2024 dan kemudian ke 2025.
  • Misi Artemis 2 akan menjadi perjalanan paling jauh manusia dari Bumi, manakala Artemis 3 yang akan membawa manusia ke permukaan bulan tertangguh sehingga selepas 2027 disebabkan kelewatan pembangunan SpaceX Starship.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jika berjaya, ia menjadi kali pertama manusia kembali ke orbit bulan sejak misi Apollo 17 pada 1972.
Pelancaran Artemis 2 telah beberapa kali ditangguhkan daripada 2023 ke 2024 dan kemudian ke 2025 akibat isu teknikal pada roket Space Launch System (SLS) dan kapsul Orion.
Krew terdiri daripada angkasawan NASA Reid Wiseman, Victor Glover dan Christina Koch serta angkasawan Agensi Angkasa Kanada Jeremy Hansen. Misi dijangka mengambil masa 10 hari dan menjadi perjalanan paling jauh manusia dari Bumi.
Dalam misi Artemis I pada 2022, kapsul Orion tanpa krew mencapai jarak 432,200 kilometer dari Bumi ketika mengelilingi bulan.
Jika Artemis 2 berjalan lancar, misi Artemis 3 akan membawa manusia ke permukaan bulan, termasuk wanita pertama yang menjejakkan kaki di sana.
Bagaimanapun, kelewatan pembangunan SpaceX Starship menyebabkan Artemis 3 hanya dijangka dilancarkan selepas 2027.
NASA kini membuka tender untuk sistem pendaratan bulan alternatif daripada konsortium yang merangkumi Blue Origin, Lockheed Martin, Northrop Grumman dan Draper. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tarikh pelancaran misi Artemis 2 yang dijangka oleh NASA? A: NASA dijangka melancarkan misi Artemis 2 seawal 6 Februari ini.
  • Q: Siapakah angkasawan yang akan mengikuti misi Artemis 2 ke orbit bulan? A: Angkasawan NASA Reid Wiseman, Victor Glover, dan Christina Koch serta angkasawan Agensi Angkasa Kanada Jeremy Hansen akan mengikuti misi Artemis 2 ke orbit bulan.
  • Q: Mengapakah pelancaran Artemis 2 pernah ditangguhkan sebelum ini? A: Pelancaran Artemis 2 pernah ditangguhkan akibat isu teknikal pada roket Space Launch System (SLS) dan kapsul Orion.
  • Q: Berapakah jarak yang dicapai oleh kapsul Orion dalam misi Artemis I pada 2022? A: Kapsul Orion dalam misi Artemis I pada 2022 mencapai jarak 432,200 kilometer dari Bumi ketika mengelilingi bulan.
  • Q: Apakah sebab kelewatan pelancaran misi Artemis 3 oleh NASA? A: Kelewatan pelancaran misi Artemis 3 disebabkan oleh pembangunan SpaceX Starship yang tertangguh, dijangka selepas 2027.

Topic Berkaitan
#NASA
#Artemis 2
#empat angkasawan
#mengelilingi bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan