KUALA LUMPUR: Mereka mempunyai impian seperti kanak-kanak lain untuk menikmati kehidupan selesa serta berjaya.
Namun, kemiskinan dan ketiadaan dokumen kerakyatan yang merantai kanak-kanak jalanan di tengah ibu kota selain pelbagai masalah sosial lain, menjadikan sehingga hari ini bagai tiada noktah akan nasib dan masa depan mereka.
Apakah ada sinar untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan dan memutuskan warisan kemiskinan keluarga? Ini dikupas dalam bahagian pertama laporan khas masa hadapan kanak-kanak jalanan.
Impian kanak-kanak berkulit sawo matang ini sungguh besar iaitu ingin merealisasi minatnya dalam seni lukisan dengan memiliki galeri seni sendiri di tengah ibu kota satu hari nanti.
Meminati seni visual sejak berusia enam tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur berusia 12 tahun itu memasang impian tersebut dengan menginspirasikan beberapa pelukis terkenal negara termasuk pempengaruh yang mengetengahkan bakat seni lukis mereka di media sosial.
Namun, melihat kepada kehidupan yang dilalui kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di jalanan dengan menjadikan kawasan Chow Kit, Lorong Haji Taib hingga Kampung Baru sebagai 'taman permainan' mereka dari petang hingga awal pagi, menimbulkan satu persoalan mampukah impian itu terlaksana sekiranya tiada 'tangan' yang membantu?
"Keluarga tidak mampu hantar ke kelas seni dan kerana itu, saya akan belajar teknik melukis dari TikTok dan YouTube. Biasanya, lukisan jenis potret, pemandangan, abstrak antara yang saya minat untuk hasilkan.
"Saya juga minat teknik lukisan minyak selain suka lukisan mural dan pernah juga terlibat dalam beberapa projek mural di Kuala Lumpur dan luar," kata Dhani Ahmad (bukan nama sebenar) kepada Bernama.
Situasi seperti Dhani bukan luar biasa bagi kanak-kanak di sekitar Chow Kit yang dihimpit dengan kemiskinan dan terpaksa tinggal di bilik kecil, tidak selesa disebabkan faktor ekonomi dan sosial keluarga.
Malah menurut Dhani, kehidupan dilaluinya walaupun sering dikaitkan masyarakat sebagai sisi gelap, namun anak keempat daripada lima beradik ini menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus mendalami bidang seni bagi membolehkannya keluar daripada kehidupan lorong melalui hasil karya seni.
"Walaupun harga kertas lukisan tidak sampai RM30 tetapi ayah tidak mampu untuk sediakannya setiap masa. Pernah juga saya cari duit lebih dengan melukis di Bukit Bintang tetapi tidak selalu kerana ada adik kena jaga selain tidak ada bahan nak lukis.
"Saya memang mempunyai impian untuk keluar dari kawasan gelap ini dengan menjadi pelukis terkenal suatu hari nanti. Bersama kawan-kawan di Chow Kit, saya melihat sendiri pelbagai ancaman di sini, sepertimana orang kaitkannya dengan kawasan hitam. Tetapi, saya tidak yakin dapat keluar dari kawasan ini," katanya sambil menambah dia dan adik-beradik serta bapanya menyewa sebuah bilik di Kampung Baru.
Berjalan kaki kira-kira lapan kilometer setiap hari dari bilik sewa ke 'taman permainan' tersebut, Dhani yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit, akan bersama kanak-kanak senasib menghabiskan masa melepak sambil menunggu bantuan makanan selain bermain bola, basikal dan sebagainya dari 4 petang hingga dua atau tiga pagi.
Kediaman sempit yang didiami kanak-kanak lelaki itu turut dirasai majoriti kanak-kanak di situ yang ibu bapa mereka hanya mampu menyewa bilik dengan keluasan sangat kecil kira-kira 3.04 x 3.04 meter persegi dan perlu dikongsi bersama adik-beradik selain ada memilih hidup sebagai gelandangan.
"Memanglah takut lepak sampai awal pagi sebab kami pernah lari menyelamatkan diri daripada diculik. Banyak kali situasi ini berlaku tetapi kami tetap datang sini sebab tidak ada pilihan," kata Arif Aiman, 12, yang juga kawan baik Dhani.
Walaupun selesa dengan kehidupan dilaluinya, namun dia juga menyimpan impian untuk memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
"Saya ingin menjadi pegawai polis... Saya nak benteras jenayah yang ada di sekitar kawasan sini dan jenayah-jenayah lain," kata anak kelima daripada 10 beradik yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Lorong Haji Taib.
Memang sukar dan polemik kemiskinan yang bagai tiada penghujung ini antaranya disebabkan kesedaran rendah dalam kalangan ibu bapa akan kepentingan pendidikan, kurangnya nilai rohani dan agama serta tiada dokumen pengenalan diri menjadi faktor utama mengekang mereka keluar dari kawasan ini, kata pengasas dan ketua aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan Azhan Adnan.
Beliau yang turut dikenali sebagai 'abbe' berada di situ hampir setiap malam selama lebih dua tahun sejak berakhirnya pandemik COVID-19 dan keakrabannya bersama penghuni di situ begitu terserlah khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang memanggilnya 'abah'.
Mendampingi mereka, dia melihat sendiri akan kesukaran penghuni di situ keluar daripada persekitaran hitam yang sering kali dikaitkan dengan pelbagai penyakit sosial dan tidak mustahil situasinya akan membarah sekiranya tiada langkah progresif dan proaktif diambil segera.
"Berdasarkan data yang dikumpul, ketika ini terdapat lebih 70 kanak-kanak jalanan di kawasan ini. Tetapi, tidak mustahil jumlah sebenarnya lebih daripada itu kerana kanak-kanak jalanan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa, sama ada penghuni di sini yang melahirkan anak ataupun mereka dari negeri lain berhijrah ke sini.
"Seperti kita ketahui, ada yang mempunyai dokumen kerakyatan dan ada tidak dan mereka bersekolah di SBJK milik kerajaan ataupun yang dijalankan NGO (badan bukan kerajaan). Namun, selepas tamat persekolahan, mereka ke mana?... Itu tidak dititikberatkan dan sebab itu, kebanyakan anak-anak ini tercicir," katanya.
Kemiskinan menghimpit dengan gaji harian yang begitu rendah sehingga terpaksa bergantung bantuan makanan mahupun barangan dapur, menjadikan mereka lebih mengutamakan penyediaan makanan buat keluarga berbanding pembelajaran anak-anak.
Justeru, ketika ditanya masa depan anak-anak ini apabila dewasa, Azhan berkata mereka bukan sahaja akan terus menetap di situ sebagai ahli masyarakat tetapi juga mewarisi kemiskinan dan sisi kehidupan bapa dan ibu mereka.
"Kanak-kanak ini tidak nampak dunia luar kerana terbelenggu sebagai penghuni lorong gelap. Sekiranya kerajaan tidak campur tangan, tidak mustahil situasi ini akan tambah membarah dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
"Sudah tiba masanya, nasib kanak-kanak lorong ini wajar diberi perhatian serius apatah lagi kerajaan MADANI pernah menyuarakan komitmen mereka memerangi masalah keciciran pelajar. Hanya pendidikan yang dapat mengubah mereka" katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Apakah ada sinar untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan dan memutuskan warisan kemiskinan keluarga? - Gambar Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.