awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak jatuh sungai, operasi diperluas hingga Sungai Rasa - Bomba

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/07/2023
04:12 MYT
Kanak-kanak jatuh sungai, operasi diperluas hingga Sungai Rasa - Bomba
Kawasan mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, Hulu Selangor diperluas sehingga 18 kilometer dari tempat kejadian.
KUALA LUMPUR: Kawasan mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, Hulu Selangor diperluas sehingga 18 kilometer dari tempat kejadian.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, SAR yang memasuki hari keempat itu disambung jam 9 pagi, pada Sabtu.
"Operasi dilakukan secara 'water surface searching' menyusur ke hilir sungai bermula tempat mangsa dilaporkan jatuh sehingga ke Sungai Rasa yang dianggarkan 18 kilometer.
"Operasi dipecahkan kepada dua sektor melibatkan enam buah bot dibantu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) serta agensi bantuan lain," katanya dalam satu kenyatan, pada Sabtu.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi SAR itu disertai 51 petugas terdiri daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ulu Bernam dan Batang Kali, Jabatan Amal Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam.
Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak terbabit, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh di sungai berkenaan.
Topic Berkaitan
#jatuh sungai
#kanak-kanak jatuh sungai
#Sungai Rasa
#batang kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan